Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

PAN Minta Rakyat Pulau...

PULAU PINANG - Wanita Parti Amanah Negara (PAN) meminta penduduk Pulau Pinang yang...

Video: Budak Terhumban Ketika...

MALANG sememangnya tidak berbau. Seorang kanak-kanak lelaki di Kuwait mengalami kecederaan yang serius...

Bentang Kertas Putih Pertahanan...

KUALA LUMPUR - Satu Kertas Putih Pertahanan yang menggariskan prinsip dan strategi pertahanan...

Peminat ‘Hencap’ Kamal Adli,...

Umum mengetahui pelakon cantik yang jarang dikaitkan dengan gosip liar, Intan Ladyana sudah...

Orang Ramai Diminta Tidak Beli Salamander Berwarna-Warni

BANGKOK – Pakar-pakar amfibia menggesa masyarakat agar tidak terpengaruh dengan trend pembelian haiwan jenis salamander dinamakan axolotl yang berwarna-warni kerana ia mengundang kepupusan spesies tersebut.

Ikuti Mynewshub: Facebook,TwitterTikTokTelegram, Instagram

Menurut akhbar Bangkok Post, axolotl yang berasal dari Mexico, kebiasaannya mempunyai jangka hayat antara 10 hingga 15 tahun.

Namun begitu, disebabkan bahan kimia yang digunakan bagi menukar warna amfibia ini membuatkan axolotl akan mati dalam masa seminggu sahaja.

“Kebanyakan kanak-kanak teruja untuk mendapatkan axo­lotl berwarna-warni sebagai haiwan peliharaan mereka kera­na ia karakter popular dalam permainan video.

“Namun, jangka hayat axolotl berwarna-warni hanyalah se­minggu kerana bahan pewarna yang digunakan akan membunuhnya sekali gus menyebabkan spesies ini semakin terancam,” kata sebuah pertubuhan pembiakan haiwan tersebut dalam kenyataan di laman sosial.


Axolotl berwarna-warni itu boleh didapati dengan mudah di pasar Chatuchak, Bangkok.

Spesies itu diklasifikasikan sebagai haiwan terancam kritikal dalam Senarai Merah Spesies Terancam Kesatuan Antarabangsa untuk Pemuliharaan Alam Semula Jadi (IUCN).

Setakat ini, dianggarkan hanya 50 hingga 1,000 axolotl liar yang masih wujud dan tinggal di hutan.

-Kosmo Online

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori