Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

GRS Fokus Laksana Mandat...

KOTA KINABALU - Parti komponen dalam Gabungan Rakyat Sabah (GRS) tetap fokus dalam...

Tiga Lelaki Pecah Masuk...

Tenom : Polis sedang memburu tiga individu yang memecah masuk Pejabat Imigresen Tenom...

Perkasa Bukan Alat Parti...

KUALA LUMPUR - Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) menafikan tuduhan yang mangatakan badan...

FAM Diingatkan Jangan Terlibat...

KUALA LUMPUR - Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) diingatkan supaya sentiasa menjaga integriti...

Pakistan Catat Lonjakan Kes Polio

ISLAMABAD – Pakistan berdepan dengan peningkatan kes polio apabila lapan kanak-kanak dari sebuah wilayah yang sama dijangkiti virus itu pada bulan lalu, lapor agensi berita United Press International (UPI) kelmarin.

Ikuti Mynewshub: Facebook,Twitter, TikTok, Telegram, Instagram

Keadaan itu dikaitkan dengan tindakan segelintir ibu bapa yang menipu bahawa anak-anak mereka telah diberi vaksin selain sebilangan rakyat turut menolak untuk divaksin, kata pegawai kelmarin.

“Kami memberi vaksin polio kepada kanak-kanak yang berumur sehingga 10 tahun di semua pintu masuk dan keluar (sempadan wilayah) untuk menghentikan penyebaran virus ke seluruh Pakistan,” kata Penyelaras Operasi Kecemasan Islamabad, Shahzad Baig.

Pesakit yang dijangkiti wabak itu dilaporkan tinggal di daerah Waziristan yang menjadi sempadan negara itu.

Pakistan dan Afghanistan adalah dua negara di dunia di mana wabak polio kekal menjadi endemik, demikian menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO).

“Di Pakistan, banyak kemajuan telah dicapai, namun untuk mendapatkan akses kepada puak nomad tertentu di selatan wilayah Khyber Pakhtunkhwa masih menjadi cabaran kerana mendapat tentangan berterusan daripada masyarakat.


“Ia termasuk beberapa isu keselamatan dengan kami menerima laporan berlakunya serangan ke atas polis dan tentera,” kata WHO pada Mac lalu pada mesyuarat Jawatankuasa Kecemasan antarabangsa ke-31 mengenai polio.

Sementara itu, Ketua pasukan Program Pembasmian Polio WHO, Zalnul Abedin Khan menerusi kenyataan di Twitter pada bulan lalu berkata, program vaksinasi kecemasan telah dilancarkan pada akhir April lalu untuk melindungi kanak-kanak Pakistan selepas seorang bayi berusia 15 bulan menjadi lumpuh akibat virus berkenaan.

Poliomielitis atau polio adalah virus yang sangat berjangkit yang kebanyakannya memberi kesan kepada kanak-kanak di bawah umur lima tahun, demikian menurut WHO.

“Virus ini disebarkan oleh manusia terutamanya melalui najis ke mulut termasuk daripada makanan atau air yang tercemar. Ia membiak dalam usus serta boleh menyerang sistem saraf dan menyebabkan lumpuh,” kata WHO menerusi laman webnya.

-Kosmo Online

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori