Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

JKM Siap Sedia Hadapi...

KUCHING - Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) sudah bersiap sedia untuk menyalurkan bantuan kepada...

Pelajar Tingkatan Dua Terlibat...

KUBANG PASU: Remaja 14 tahun antara empat anggota kumpulan 'Geng Man Muncung' yang...

Kapal KM Kuraman Jadi...

KOTA KINABALU - Kapal peronda KM Kuraman milik Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM)...

Jika PM Naik Peronda,...

JIKA Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak terpaksa menaiki kereta peronda polis...

Pasar Keramat Terbakar Lagi

PETALING JAYA : Pasar Keramat di Kampung Datuk Keramat dekat sini, terbakar lagi, awal pagi tadi selepas setahun kejadian sama berlaku pada tahun lalu.

Ikuti Mynewshub: Facebook,TwitterTikTokTelegram, Instagram

Pihak bomba menerima panggilan kecemasan pada pukul 1.30 pagi.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kuala Lumpur berkata, seramai 47 anggota bersama 14 jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Keramat, BBP Jalan Hang Tuah, BBP Wangsa Maju, BBP Jalan Tun Razak dan BBP Setapak dikejarkan ke lokasi kejadian.

Katanya, apabila tiba di lokasi kejadian, pihak bomba mendapati terdapat kebakaran mendapati lot kedai di pasar berkenaan dengan keadaan api sangat marak.

“Kemusnahan akibat kebakaran di pasar berkenaan kira-kira 50 peratus manakala sebahagian rumah berhampiran yang dianggarkan musnah kira-kira 10 peratus.


“Kebakaran itu marak dengan besar disebabkan bahan binaan kedai berkenaan yang terdiri daripada kayu,” katanya dalam kenyataan pagi ini.

Menurutnya, kebakaran itu berjaya dikawal pukul 2.11 pagi dan tiada mangsa yang dilaporkan cedera dalam kejadian berkenaan.

Jelas beliau, punca kebakaran masih dalam siasatan,” katanya.

-Utusan Online

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori