Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

Harga Kit Ujian Kendiri...

KUALA LUMPUR - Kerajaan akan menyemak turun harga kit ujian kendiri COVID-19 menjelang...

Isu Difitnah, Maria Farida...

RASANYA satu Malaysia masih ingat lagi konflik yang berlaku antara pelakon Maria Farida...

80 Batang Gigi Dikeluarkan...

Mumbai – Seorang budak lelaki berusia tujuh tahun terpaksa menjalani pembedahan selama empat...

Parti Amanah Sindir Melayu...

KUALA LUMPUR - Gara-gara terlalu marah kalah teruk dalam Pilihan Raya Negeri (PRN)...

Pembangkang Cap Ayam

Pengarah Komunikasi Pemuda Parti Amanah Negara (PAN) melabelkan kerajaan sedia ada sebagai kerajaan cap ayam.

Ikuti Mynewshub: Facebook,TwitterTikTokTelegram, Instagram

Kerajaan campuran cap ayam yang beliau anggap terdiri daripada gabungan Perikatan Nasional (PN) dan Barisan Nasional (BN).

Kerajaan cap ayam yang beliau dakwa gagal mengawal harga ayam, minyak masak dan barangan keperluan harian rakyat.

Beliau memberi amaran akan menggerakkan rakyat bagi menyuarakan kemarahan terhadap kerajaan cap ayam.

Sebenarnya Pengarah Komunikasi Pemuda PAN gambaran tepat bahawa pembangkang Malaysia juga pembangkang cap ayam.

Pertamanya, BN tidak pernah mengiktiraf kerajaan sedia ada sebagai kerajaan BN sebaliknya kerajaan campuran yang melibatkan kerjasama antara Ahli Parlimen.

Kedua, BN yang mendesak Parlimen dibubarkan bagi membolehkan mandat dipulangkan kepada rakyat untuk membentuk sebuah kerajaan baharu yang stabil dan kukuh melalui Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15).


Jika kerajaan hari ini kerajaan BN mengapa pula BN yang mendesak supaya Parlimen dibubarkan dan diadakan PRU-15.

Ketiga, hampir setiap hari pembangkang memburuk-burukkan kerajaan cap ayam, tetapi pembangkang jua yang gigih mempertahankan kerajaan cap ayam dikekalkan supaya PRU-15 tidak diadakan.

Bukankah ini suatu gambaran jelas pembangkang di Malaysia juga cap ayam yang lebih teruk hanya tahu berkokok, tetapi tidak mahu bertindak.

Jika benar kerajaan hari ini kerajaan cap ayam yang dikatakan menyusahkan rakyat, maka desaklah supaya PRU-15 diadakan segera.

Ternyata pembangkang Malaysia adalah pembangkang cap ayam yang tidak tahu malu dan tiada maruah politik dan hanya pandai mengambil kesempatan. Wahai pembangkang cap ayam rakyat bukan bodoh!

-Mynewshub

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori