Wednesday, November 27, 2024

Creating liberating content

Mayat Wanita Warga Emas...

IPOH - Mayat seorang wanita warga emas dengan beberapa kesan luka ditemui di...

3 Lagi Pegawai TNB...

KOTA BAHARU - Tiga lagi pegawai Tenaga Nasional Berhad (TNB) ditahan reman tujuh...

Polis Lulus Himpunan RUU355...

KUALA LUMPUR - Polis memberi kelulusan kepada pihak penganjur Perhimpunan RUU355 untuk mengadakan...

Kritikan Terhadap Hukuman Sebat...

KUALA TERENGGANU - Kerajaan Terengganu bersikap positif terhadap kritikan segelintir pihak berhubung pelaksanaan...

Pembayar Cukai Wira Negara

Pembayar cukai wira negara slogan yang sering diungkapkan, tetapi adakah kita sebagai rakyat Malaysia benar-benar tahu erti disebalik kata-kata itu?

Ikuti Mynewshub: Facebook,TwitterTikTokTelegram, Instagram

Dalam definasi kebanyakan wira dianggap sebagai individu yang berani, gagah dan perkasa menentang kejahatan, tetapi dalam keadaan yang lain tidak semestinya demikian.

Definasi wira cukup meluas selagi ia berkaitan tentang sebuah kisah murni, jasa dan bakti.

Sebenarnya terlalu banyak contoh untuk diperkatakan tentang erti wira.

Membantu menyelamatkan haiwan dalam kesusahan dianggap wira oleh pencinta haiwan, manakala doktor membantu merawat penyakit dianggap wira oleh pesakitnya.

Dengan demikian istilah wira sangat subjektif kerana ia boleh meliputi segenap aspek dalam kehidupan, namun istilah pembayar cukai wira negara membawa erti paling meluas.

Bagi memahami erti pembayar cukai wira negara maka perlulah kita terlebih dahulu memahami apakah yang dimaksudkan dengan cukai pendapatan.

Cukai pendapatan ialah cukai yang dikenakan pada setiap tahun terhadap seseorang yang menerima pendapatan sebagai salah satu sumber pendapatan negara.

Ia termasuklah keuntungan daripada sesuatu perniagaan atau penggajian, dividen, faedah atau diskaun, sewa, royalti mahupun premium.

Begitu juga pendapatan yang diperoleh daripada pencen, anuiti atau bayaran berkala lain.

Hasil yang diperoleh kerajaan daripada cukai dikenakan itu kemudian digunakan untuk mentadbir dan menguruskan negara dalam bentuk bajet tahunan.


Mentadbir dan menguruskan aspek keselamatan, kesihatan, pendidikan, pembangunan dan segala-galanya yang diperlukan untuk kemakmuran Malaysia.

Tanpa hasil cukai sesebuah negara tidak mempunyai kewangan mencukupi untuk menjamin keselamatan, kesihatan, pendidikan mahupun pembangunannya.

Perbelanjaan untuk sekolah, hospital, klinik kesihatan, jalan raya, balai polis, balai bomba dan segalanya-galanya adalah hasil daripada cukai.

Sumber cukai juga digunakan untuk membantu hidup rakyat melalui bantuan subsidi ke atas barangan keperluan seperti minyak dan bahan makanan asas.

Pembangunan yang dilaksanakan menggunakan hasil cukai pula dapat menawarkan peluang pekerjaan kepada rakyat sekaligus memacu pertumbuhan ekonomi.

Hasil cukai juga membolehkan kerajaan memodenkan lagi negara kita sekaligus menggalakkan pelaburan asing yang sangat penting untuk sesebuah negara.

Dengan demikian membayar cukai adalah suatu perbuatan yang patriotik dan layak dislogankan pembayar cukai sebagai wira kepada negara.

Ia kerana pembayar cukai merelakan kerajaan mengambil peratusan kecil daripada pendapatan mereka demi masa depan negara dan rakyat.

Justeru, marilah kita rakyat Malaysia yang layak dikenakan cukai berdasarkan pendapatan dikategorikan menjadi sebahagian daripada wira negara.

Pada akhirnya wang yang dicukaikan tersebut adalah demi manfaat kita bersama.

-Mynewshub

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori