Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

Dua Pemuda Terlepas Hukuman...

MUAR - Dua pemuda yang menghadapi tuduhan membunuh seorang remaja perempuan pada Disember...

‘Port Dadah’ Di Sg....

SUNGAI PETANI - Seramai 23 individu disyaki penagih dadah ditangkap dalam satu serbuan...

Kerajaan Peruntuk RM20.7 Bilion...

KUALA LUMPUR - Program Subsidi Upah (PSU) yang diperkenalkan oleh kerajaan bagi tahun...

Dubai Lancar Khidmat Polis...

DUBAI - Polis Dubai semalam melancarkan khidmat polis robot pertamanya yang akan digunakan...

Pemberian Vaksin Covid-19 PICKids Dibuka 5 Hari

PUTRAJAYA : Pemberian vaksin Covid-19 di bawah PICKids akan dibuka selama lima hari bermula esok sehingga 24 Jun ini bersempena sambutan Minggu Imunisasi Peringkat Kebangsaan 2022 yang bertemakan ‘Perlindungan Sepanjang Hayat untuk Semua’.

Ikuti Mynewshub: Facebook,TwitterTikTokTelegram, Instagram

Timbalan Menteri Kesihatan I, Datuk Dr. Noor Azmi Ghazali berkata, pembukaan vaksinasi tersebut bertujuan meraikan ibu bapa yang kini berhasrat mendapatkan vaksin Covid-19 bagi anak-anak yang terlepas peluang sebelum ini serta keprihatinan Kementerian Kesihatan atas keselamatan kanak-kanak daripada penyakit cegahan vaksin.

“Ibu bapa yang berhasrat boleh mendapatkan vaksinasi tanpa janji temu di klinik-klinik kesihatan di bawah Kementerian Kesihatan bagi tempoh yang dinyatakan.

“Pemberian adalah berdasarkan kepada stok vaksin di sesebuah fasiliti pada hari tersebut dan sekiranya stok untuk hari itu habis, ibu bapa perlu membawa anak keesokan harinya,” katanya dalam kenyataan hari ini.


Dalam pada itu beliau berkata, ibu bapa yang baru mengetahui mengenai vaksinasi Covid-19 atau baru membuat keputusan membenarkan anak divaksinasi digalakkan untuk mengambil peluang tersebut.

Tambahnya, bagi kanak-kanak yang akan mencapai umur lima tahun, ibu bapa masih boleh membuat tempahan janji temu vaksinasi mengikut tarikh dan tempat vaksinasi pilihan melalui aplikasi MySejahtera.

-Utusan Online

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori