Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

Ini Raya Paling Bermakna...

KUALA LUMPUR - Setelah tiga tahun menanti cahaya mata, raya kali ini menjadi...

Eksport Tertinggi Letak Malaysia...

KUALA LUMPUR - Eksport tertinggi direkodkan pada Oktober telah meletakkan Malaysia di landasan...

Palestin Mahu Panel Antarabangsa,...

RAMALLAH - Presiden Mahmoud Abbas cuma akan menerima panel antarabangsa untuk menjadi broker...

Pertahanan Longlai Buat Wenger...

LONDON - Pengendali Arsenal, Arsene Wenger berang dengan jentera pertahanannya yang membiarkan Anderlecht...

Penduduk Thailand Dibenarkan Tanam Ganja Di Rumah, Hari Ini

BANGKOK : Bermula hari ini, penduduk Thailand dibenarkan untuk menanam pokok ganja di rumah.

Ikuti Mynewshub: Facebook,TwitterTikTokTelegram, Instagram

Bagaimanapun Bangkok Post melaporkan, ‘menghalalkan’ ganja di negara ini menimbulkan kebimbangan ia boleh menyebabkan peningkatan ketagihan dadah.

Timbalan Pesuruhjaya Polis, Jeneral Roy Ingkapairote berkata, polis tidak akan menahan sesiapa yang menghisap ganja di rumah.

Namun jika mereka menghisapnya di kawasan awam dan menyebabkan gangguan awam, mereka boleh ditahan dan dihadapkan ke mahkamah.


Dalam perkembangan terbaharu undang-undang di negara ini yang diterbitkan dalam Warta Diraja, ganja dikeluarkan daripada senarai narkotik terlarang.

Ini bermakna pengeluaran, import, eksport, pengedaran, penggunaan dan pemilikan ganja adalah dibenarkan.

Penanaman ganja dibenarkan hanya untuk tujuan kesihatan dan perubatan, bukan bagi tujuan rekreasi.

-Utusan Online

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori