Wednesday, January 22, 2025

Creating liberating content

Ancaman Bom, Lebih 1,000...

LOS ANGELES: Lebih 1000 sekolah di Los Angeles dilaporkan ditutup akibat ancaman bom...

Najib Kongsi Kesedihan Mangsa...

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini berkongsi...

Waspada Panggilan Macau Scam...

PUTRAJAYA - Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) mengingatkan orang ramai agar berwaspada dengan...

Pemain N.Sembilan Mesti Ada...

SEREMBAN - Presiden Persatuan Bola Sepak Negeri Sembilan (PBNS) Datuk Seri Mohamad Hasan...

Pengarah Urusan, CEO Hadapi 30 Tuduhan Jenayah Kewangan

Butterworth : Pengarah urusan dan ketua pegawai eksekutif (CEO) sebuah syarikat pelaburan, masing-masing menghadapi 30 pertuduhan berkaitan penerimaan wang deposit tanpa lesen sah berjumlah hampir RM1 juta pada 2019 hingga 2020.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Mohd Nasri Abdul Rahim, 36 dan Abdul Wahab S Mohd Mydin, 53, bagaimanapun mengaku tidak bersalah terhadap semua pertuduhan itu yang dibacakan secara berasingan di hadapan Hakim Noor Aini Yusof dan Noorhayati Mohamad Yunus di Mahkamah Sesyen di sini, hari ini.

Mengikut pertuduhan Mohd Nasri dituduh menerima wang deposit berjumlah hampir RM1 juta daripada tiga individu iaitu dua lelaki dan seorang wanita di beberapa lokasi sekitar Pulau Pinang, antara April 2019 hingga 14 Februari 2020.

Abdul Wahab pula didakwa bersubahat dengan Mohd Nasri untuk mendapatkan sejumlah wang deposit berkenaan daripada individu sama, pada tarikh yang sama.

Kesalahan didakwa mengikut Seksyen 137(1) Akta Perkhidmatan Kewangan 2013 yang boleh dihukum di bawah Seksyen 137(2) akta sama, yang memperuntukkan denda tidak melebihi RM50 juta atau penjara tidak melebihi 10 tahun atau kedua-duanya sekali, jika disabitkan.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Nur Fazliyana Ahmad dan Qatrin Nada Harun, manakala Mohd Nasri diwakili peguam S Raveentharan dan Abdul Wahab oleh Muhamad Shahrul Nizam Md Roni.


Terdahulu, kedua-dua tertuduh merayu jaminan rendah diberikan mengambil kira mereka mempunyai masalah kewangan dan kesihatan.

Mahkamah kemudian membenarkan Mohd Nasir diikat jamin RM212,000 dengan seorang penjamin, sementara jaminan buat Abdul Wahab RM126,000 dan seorang penjamin.

Kedua-duanya turut diarah menyerahkan pasport kepada mahkamah sehingga kes selesai.

Media pada November tahun lalu melaporkan polis menyiasat tiga orang yang dipercayai menerima wang deposit tanpa lesen bagi tujuan pelaburan daripada beberapa individu, berjumlah RM2.14 juta.

-Harian Metro

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori