Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

Hantar Mesej ‘Celaka’ Hadi,...

KETIKA sedang melakukan ucaptama di Muktamar Pemuda Pas di Shah Alam kira-kira jam 3.35 petang...

Kisah Penyelam Sama Jumpa...

PANGKALAN BUN — Meskipun Tentera Nasional Indonesia Angkatan Laut (TNI AL) bekerja keras menghantar...

KP Kesihatan Malaysia Dilantik...

KUALA LUMPUR – Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia, Datuk Dr. Noor Hisham Abdullah dilantik...

Biar Betul, Lipan ‘Gergasi’...

'GERGASI' dan 'raksasa', dua perkataan ini yang layak digunakan bagi menggambarkan betapa luar...

Pengguna Di Pahang Lega, Bekalan Ayam Mencukupi

KUANTAN – Peniaga ayam di daerah ini kini mampu menarik nafas lega apabila bekalan ayam dihantar pembekal untuk dijual setiap hari mencukupi dan mengikut jumlah yang dipesan sejak beberapa hari lalu.

Ikuti Mynewshub: Facebook,TwitterTikTokTelegram, Instagram

Peniaga juga mengakui mereka tidak berdepan masalah kekurangan pelanggan sebaliknya permintaan orang ramai tetap menggalakkan.

Tinjauan di Pasar Balok di sini pada Sabtu mendapati, operasi perniagaan di gerai menjual ayam berjalan lancar, malah ada gerai yang tutup lebih awal kerana bekalan ayam habis terjual.

Bagi Ali Akbar Othman, 50, isu kekurangan bekalan ayam yang berlaku hingga meresahkan peniaga dan pengguna sebelum ini boleh dianggap selesai.

Menurutnya, bekalan ayam segar yang diterima sudah mengikut jumlah dipesan iaitu lebih 150 ekor setiap hari berbanding separuh daripada jumlah berkenaan sebelum ini.

“Walaupun harganya terpaksa dinaikkan, permintaan pelanggan tetap menggalakkan, malah hari ini (Sabtu), semua bekalan ayam habis terjual lebih awal,” katanya.

Peniaga, Shahrom Mohamad, 41, menjangkakan permintaan bekalan ayam meningkat sempena cuti persekolahan ini.

Katanya, berdasarkan jumlah stok yang diterima ketika ini, tiada masalah untuk membekalkan ayam jika ada permintaan untuk majlis kenduri dan sebagainya


“Kenaikan harga memang tidak boleh dielakkan kerana daripada pembekal juga sudah tinggi, namun pada saya ia masih berpatutan,” katanya.

Pandangan sama diberikan peniaga, Rokiah Man, 60, yang mula lega dengan perkembangan bekalan ayam ketika ini.

Dia yang hampir ‘terduduk’ ketika kemuncak isu itu mengakui kini mampu menarik nafas lega apabila bekalan ayam diterima kembali seperti biasa iaitu lebih 100 ekor sehari.

“Sebelum ini, pesan 100 ekor yang dapat hanya 20 ekor, macam mana hendak berniaga?” katanya yang menerima bekalan ayam daripada dua pembekal.

Seorang lagi peniaga, Jamilah Embong, 60, yang sudah berkecimpung dengan industri itu sejak lebih 30 tahun lalu mengakui ada pelanggan yang datang ke gerainya membeli ayam dalam jumlah lebih daripada biasa.

“Saya minta kerajaan ambil langkah sewajarnya bagi memastikan isu bekalan dan harga ayam dapat diselesaikan dan tidak berulang lagi,” katanya.

-Sinar Harian

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori