Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Polis Sedang Kumpul Maklumat...

KUALA LUMPUR - Polis sedang mengumpul maklumat terperinci mengenai cubaan menjatuhkan kerajaan tanpa...

Kecuaian Pilot, Pesawat Terhempas...

BOGOTA - Nahas pesawat yang mengorbankan 71 orang di Colombia bulan lalu, termasuk...

Jangan Stres Belajar, Nasihat...

JOHOR BAHRU – Bahagikan masa dengan bijak dan jangan terlalu stres mengulang kaji...

Wanita Ugut Nak Dedahkan...

SEORANG lelaki berusia 47 tahun yang pernah melakukan hubungan seks dengan bakal menantunya...

Pengurusan Kes Rayuan Kerani Sebabkan Kematian Remaja Basikal Lajak Pada 29 Ogos

KUALA LUMPUR: Mahkamah Rayuan menetapkan 29 Ogos bagi pengurusan kes selanjutnya dalam rayuan seorang kerani wanita terhadap sabitan dan hukuman penjara kerana memandu secara melulu sehingga menyebabkan kematian lapan remaja menaiki basikal yang diubah suai dikenali sebagai basikal lajak.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Tarikh itu ditetapkan selepas pengurusan kes di hadapan Timbalan Pendaftar Mahkamah Rayuan, Tan Chai Wei secara dalam talian hari ini.

Peguam Harvinderjit Singh yang mewakili Sam Ke Ting, ketika dihubungi berkata, timbalan pendaftar menetapkan tarikh itu kerana rekod rayuan belum siap.

“Pada pengurusan kes akan datang, kami akan mengemaskinikan perkara itu (rekod rayuan),” katanya.

Pada 18 April lalu, Mahkamah Rayuan memberi kebenaran kepada Ke Ting untuk merayu terhadap hukuman penjara enam tahun dan denda RM6,000 yang dikenakan Mahkamah Tinggi Johor Bahru.

Mahkamah Rayuan juga membenarkan permohonan Ke Ting untuk menangguhkan pelaksanaan hukuman penjara dan bebas dengan ikat jamin RM10,000 dengan seorang penjamin sementara menunggu pendengaran rayuannya.


Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Abu Bakar Katar menjatuhkan hukuman penjara dan denda ke atas Ke Ting selepas membenarkan rayuan pihak pendakwaan untuk mengetepikan keputusan Mahkamah Majistret pada 10 Oktober tahun lalu yang melepas dan membebaskan wanita itu.

Beliau juga memerintahkan wanita itu dikenakan hukuman penjara enam bulan sekiranya gagal membayar denda dan larangan memandu selama tiga tahun selepas tamat menjalani hukuman.

Ke Ting yang berusia 22 tahun ketika kejadian, didakwa melakukan kesalahan itu pada jam 3.20 pagi, 18 Februari 2017 di Jalan Lingkaran Dalam, Johor Bahru, Johor.

Lapan remaja yang maut dalam tragedi itu ialah Mohamad Azrie Danish Zulkefli, 14; Muhamad Shahrul Izzwan Azzuraimie, 14; Muhammad Firdauz Danish Mohd Azhar, 16; Fauzan Halmijan, 13; Mohamad Azhar Amir, 16; Muhammad Harith Iskandar Abdullah, 14; Muhammad Shahrul Nizam Marudin, 14 dan Haizad Kasrin, 16.

Bernama-

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori