Sunday, November 24, 2024

Creating liberating content

Penumpang KTMB Rugi Bila...

PERKHIDMATAN Kereta Api Tanah Melayu Berhad (KTMB) merupakan salah satu pengangkutan awam yang menjadi pilihan...

Comelnya… Penternak Ini Miliki...

JIKA kebiasaannya kerbau memiliki warna kelabu atau coklat, namun berbeza pula pada seekor...

Budak 3 Tahun Mati...

SEORANG kanak-kanak perempuan berusia tiga tahun dirogol dan dipukul sehingga mati menggunakan sebiji...

Peminat Komik Mati ‘Dipukul...

FLORIDA - Laporan dalam belasungkawa akhbar tempatan di Florida mendakwa seorang peminat komik,...

Pensijilan Sawit Mampan Malaysia Terima Tempias Kritikan Barat

KUALA LUMPUR: Beberapa negara Barat dilihat masih kekal memainkan propaganda anti sawit walaupun terdapat sedikit peningkatan kesedaran oleh Kesatuan Eropah (EU) terhadap minyak sawit mampan dan pensijilan Minyak Sawit Lestari Malaysia (MSPO).

Ikuti Mynewshub: Facebook,TwitterTikTokTelegram, Instagram

Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi, Datuk Zuraida Kamaruddin, berkata beberapa negara Barat masih kerap mempersoalkan kebolehpercayaan MSPO, skim yang memastikan proses pengeluaran minyak sawit negara secara bertanggungjawab.

Dakwanya, layanan dingin terhadap MSPO itu berlaku disebabkan sikap pilih kasih EU terhadap pensijilan Meja Bulat Minyak Sawit Lestari (RSPO), yang menjadi asas kepada pembangunan MSPO.

“Sejak kebelakangan ini, RSPO dikritik, terutama oleh pertubuhan alam sekitar yang bukan berasaskan keuntungan.

“Mereka berpendapat piawaiannya gagal memberikan perlindungan mencukupi untuk hasil hutan, buruh digunakan dalam ladang kelapa sawit atau menangani perlindungan iklim.

“Penyelidikan Greenpeace juga menggambarkan RSPO sebagai satu usaha penyebaran maklumat tidak tepat mengenai manfaat alam sekitar, selain turut mendedahkan kemusnahan hutan hujan secara besar-besaran di Indonesia yang didakwa disebabkan oleh syarikat yang diperakui RSPO,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Zuraida berkata, keadaan diburukkan apabila beberapa syarikat yang mengguna pakai RSPO menyokong larangan minyak sawit EU atas alasan ia boleh memperlahankan penebangan hutan.


Tindakan itu, menyebabkan ramai pencinta alam sekitar meragui sama ada pensijilan RSPO melencong daripada misi asalnya untuk mengguna pakai amalan pengeluaran minyak sawit mampan.

Malah, katanya, wujud dakwaan terhadap beberapa syarikat RSPO yang dikatakan melanggar hak asasi manusia semasa kemuncak pandemik COVID-19, dua tahun lalu.

Justeru, Zuraida menegaskan terdapat ruang penambahbaikan dalam skim pensijilan RSPO yang berusaha untuk menyemai keyakinan agensi alam sekitar seperti disuarakan Agensi Penyiasatan Alam Sekitar United Kingdom.

“Perkara ini jelas dilihat dengan UK dan EU bersedia memperkenalkan undang-undang baharu menangani perkara haram serta isu hak tanah dan penebangan hutan dalam rantaian bekalan.

“Laporan digunakan Parlimen EU juga menekankan skim pensijilan hanya boleh digunakan, di samping usaha lain yang wajar dilakukan oleh syarikat kerana terdapat kebimbangan bahawa skim pensijilan saja tidak berkesan,” katanya.

BHonline-

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori