Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

JDT Sebuah Kisah Istana...

ORANG lama Johor kerap bercerita betapa institusi di raja mereka tidak pernah mengabaikan...

Alasan Pelik Sinar Harian...

SHAH ALAM - Akhbar Sinar Harian yang selama ini sering 'mendabik dada' sebagai berkecuali...

BlackBeryy Venice, Peranti Android...

SEBELUM ini, kita telah mendengar beberapa laporan mengatakan BlackBerry akan hadir dengan telefon...

UMNO Tarik Sokongan Kepada...

KUALA LUMPUR - UMNO mengumumkan menarik balik sokongan kepada kerajaan Perikatan Nasional (PN)...

Perak Bincang Permit Masuk Hutan Simpan Kledang Saiong

TAPAH : Penguatkuasaan permit memasuki hutan simpanan kekal (HSK) bagi menjalankan aktiviti rekreasi harian, melalui pas bermusim di kawasan Bukit Kledang, Hutan Simpan Kledang Saiong, bulan depan, akan dibincangkan dalam mesyuarat EXCO kerajaan negeri.

Ikuti Mynewshub: Facebook,TwitterTikTokTelegram, Instagram

Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad, berkata justeru pelaksanaan permit itu ditangguhkan hingga dimaklumkan kelak.

“Saya telah memaklumkan kepada Pengarah Perhutanan Perak, Datuk Mohamed Zin Yusop untuk ambil maklum dan menyediakan kertas makluman, sekali gus mengambil tindakan sewajarnya.

“Saya juga hendak tahu apa asas serta rasionalnya dan siapa yang terkesan, seterusnya membincangkan perkara itu dalam mesyuarat EXCO kerajaan negeri,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri program Moh Mengopi, di sini, hari ini.


Sebelum ini, Jabatan Perhutanan Perak menerusi satu hebahan memaklumkan akan menguatkuasakan permit memasuki HSK bagi menjalankan aktiviti rekreasi harian, melalui pas bermusim di lokasi itu, berkuat kuasa bulan depan, selaras Seksyen 47(1) Akta Perhutanan Negara 1984.

Menurut hebahan itu, bayaran dikenakan bermula dari harga RM10 hingga RM200 bagi warganegara, manakala untuk warga asing pula bermula dari RM400 hingga RM800, dengan yuran proses permit sebanyak RM20.

-Berita Harian

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori