Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

1MDB: Rosmah Hadir Kali...

PUTRAJAYA - Datin Seri Rosmah Mansor tiba di Ibu Pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah...

Kerajaan Akan Bantu Cari...

Kerajaan akan membantu untuk pihak Indonesia mencari pesawat AirAsia Indonesia QZ8501 yang ketika...

Miros Kaji Keperluan Tingkat...

KUALA LUMPUR - Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (Miros) akan mengkaji sama...

Wanita Buru Pembunuh Suami...

SEORANG isteri tidak pernah berputus asa untuk mencari pembunuh suaminya dan hanya selepas...

Permohonan Cerai: Mahkamah Perintah Dr Khir Toyo, Isteri Lantik Hakam Islah

SHAH ALAM : Mahkamah Rendah Syariah di sini, hari ini, memerintahkan Dr Mohamad Khir Toyo dan Zaharah Kechik untuk melantik Hakam Islah bagi kes permohonan perceraian oleh isteri bekas Menteri Besar Selangor itu.

Ikuti Mynewshub: Facebook,TwitterTikTokTelegram, Instagram

Hakim Syarie Mohd Nizar Mohtar membuat keputusan itu selepas Jawatankuasa Pendamai (JKP) didapati gagal mengislahkan perkahwinan pasangan berkenaan.

“Plaintif (Zaharah) masih tekad untuk berpisah, manakala defendan (Dr Mohamad Khir) mahu membincangkan hal (permohonan perceraian) itu.

“Berikutan itu, kedua-dua pihak perlu melantik Hakam Islah, dan sebutan semula kes ditetapkan pada 14 Julai depan,” katanya.

Terdahulu, Dr Mohamad Khir dan Zaharah yang kedua-duanya berusia 57 tahun, hadir di mahkamah bersama peguam pada jam 9 pagi.

Sementara itu peguam mewakili Zaharah, Datuk Dr Mohd Zaidi Md Zain ketika ditemui pemberita selepas prosiding berkata, anak guamnya memfailkan permohonan cerai mengikut Seksyen 47 Enakmen 2 Undang-Undang Keluarga Islam Selangor 2003 pada 24 Februari lalu.

“Selepas mendengar laporan JKP, mahkamah hari ini mendapati berlaku shiqaq atau perbalahan berpanjangan dalam rumah tangga kedua-dua pihak.


“Oleh itu, anak guam saya dan defendan perlu melantik Hakam Islah, iaitu wakil lelaki untuk berbincang sebelum menyerahkan laporan kepada mahkamah,” katanya.

Peguam mewakili Dr Mohamad Khir, Siti Elly Jasmin Aminuddin pula memaklumkan pihaknya akan menamakan hakam pada tarikh ditetapkan itu.

“Satu perbincangan akan turut dilakukan antara Hakam-hakam Islah pada hari berkenaan.

“Sepanjang prosiding kes ini, kita akan melihat isu shiqaq itu sebenarnya berpunca daripada siapa,” katanya.

Dalam pada itu, Dr Mohamad Khir mendakwa dirinya sudah memenuhi tanggungjawab sebagai suami sejak 30 tahun lalu, dan beliau hingga kini tidak mempunyai sebab untuk menceraikan Zaharah.

“Beliau meminta cerai. Justeru, saya menyerahkan perkara itu kepada mahkamah untuk ditentukan,” katanya kepada pemberita selepas prosiding.

-Berita Harian

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori