Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

Kerajaan Pusat, Negeri Seiring...

SIBU - Sokongan kepada Barisan Nasional (BN) merupakan pilihan terbaik kerana kerajaan pusat...

Kanak-Kanak Syria Ada Simptom...

BEIRUT - Kanak-kanak Syria menunjukkan simptom 'tekanan toksik', selain cuba mencederakan diri sendiri...

Lelaki Bunuh Rakan Yang...

SEORANG lelaki didakwa kerana memukul rakannya sehingga mati gara-gara takut rakannya bertukar menjadi...

Polis Siasat Bas Pekerja...

PUTRAJAYA - Polis sedang menyiasat terdapat dakwaan mengatakan bas perkerja yang terbabas ke...

Pesawat Misteri Ceroboh 7 Negara Eropah Timur

SOFIA, Bulgaria – Sebuah pesawat dua tempat duduk terbang melintasi enam buah negara Eropah Timur tanpa kebenaran dan mencetuskan kerahan pasukan tentera udara sebelum ditinggalkan di Bulgaria oleh kru misteri, kata kementerian pertahanan di Sofia kelmarin.

Ikuti Mynewshub: Facebook,TwitterTikTokTelegram, Instagram

Pesawat ringan itu terbang melintasi Hungary, menyeberangi Serbia untuk seketika seterus­nya menceroboh Romania sebelum memasuki ruang udara Bulgaria.

Kapal terbang itu menceroboh ruang udara Bulgaria pada pukul 7.09 petang (waktu tempatan) Rabu lepas, demikian menurut kenyataan kementerian ber­kenaan.

Pesawat jenis Beechcraft dua enjin yang membawa dua orang itu tidak mendapat kelulusan penerbangan, manakala radar­nya juga dimatikan.

Juruterbangnya juga tidak menjawab sebarang komunikasi radio menara kawalan dan isyarat visual.

Dua jet pejuang Gripen milik Hungary, dua pesawat tempur F-16 Amerika Syarikat dan dua jet F-16 Romania memintas penceroboh itu secara berselang-seli dan mengiringinya sehingga ia memasuki ruang udara Bulga­ria, tambah Bucharest.


“Tentera Udara Bulgaria tidak segera menghantar jet pejuang kerana kapal terbang itu tidak dianggap sebagai ancaman,” kata Menteri Pertahanan Bulgaria, Dragomir Zakov kepada pemberita.

Kata kementerian sama, situa­si ribut petir dan hujan lebat ketika itu menyukarkan untuk me­lakukan penerbangan.

Pesawat itu berhenti untuk mengisi bahan api di bandar Vidin dekat Sungai Danube, barat laut Bulgaria, manakala pihak berkuasa kemudian menemui­nya ditinggalkan di sebuah landasan lama dekat Targovishte, timur laut negara itu.

Enjin pesawat masih panas ketika ditemui tetapi krunya hilang, kata Menteri Dalam Negeri, Boyko Rashkov.

Rashkov berkata, kapal terbang itu berusia 60 tahun dan kali pertama berlepas dari Lithua­nia. Pesawat tersebut juga melintasi Poland dan Slovakia bermakna ia menyeberang tujuh negara Eropah Timur tanpa kebenaran.

-Kosmo Online

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori