BANGKOK: Hanya dua hari selepas Phuket membenarkan kelonggaran pemakaian pelitup muka di kawasan awam, ia diwajibkan semula.
Ikuti Mynewshub: Facebook,Twitter, TikTok, Telegram, Instagram
Bangkok Post melaporkan, Gabenor, Narong Woonciew telah menandatangani perintah membatalkan perintah bertarikh 31 Mei itu.
Bagaimanapun, tiada alasan diberikan mengenai mengapa perintah itu dibatalkan berkuat kuasa serta-merta.
Gabenor adalah individu penting yang bertindak sebagai pengarah pusat pentadbiran situasi COVID-19 di wilayah masing-masing.
Dalam zon COVID-19, zon hijau menunjukkan keadaan stabil, manakala perniagaan di zon biru bebas untuk mempromosikan aktiviti berkaitan pelancongan.
Phuket antara zon biru yang menjadi wilayah pertama secara rasmi membenarkan orang ramai menanggalkan pelitup muka.
Semalam Kementerian Kesihatan Awam melaporkan 32 kematian dan 2,976 kes baharu.
Berdasarkan perintah itu, setakat pagi tadi, Thailand mencatatkan 30 lagi kematian dan 3,001 kes baharu dalam tempoh 24 jam lalu, tidak termasuk 3,187 keputusan positif daripada ujian antigen lalu, menjadikan jumlah keseluruhan mencecah 6,188 kes.
Jangkitan baharu yang diumumkan itu terdiri daripada 2,990 dalam populasi umum dan 11 dalam kalangan banduan penjara. Tiada kes import.
BHonline-