Saturday, November 23, 2024

Creating liberating content

828 Saman Dalam Operasi...

BUTTERWORTH - Sebanyak 828 saman dikeluarkan atas pelbagai kesalahan dalam operasi sempena Hari...

Viral Aksi Tari Yang...

RAKAMAN video aksi seorang lelaki gemuk menari di sebuah tasik dengan penuh konfiden menjadi...

Pelabuhan Klang Mampu Tempat...

PELABUHAN KLANG - Kementerian Pengangkutan yakin pertumbuhan 11.3 peratus dalam volum kontena di...

Konon Nak Daftar Anak...

Modus operandi mereka sangat licik! Siapa sangka, dua orang yang mengaku pasangan suami...

PKR Bergolak!

Tidak pasti berapa lama Parti Keadilan Rakyat (PKR) dapat menyembunyikan perpecahan yang sedang berlaku dalam parti itu.

Ikuti Mynewshub: Facebook,TwitterTikTokTelegram, Instagram

Penguasaan kem Rafizi Ramli dalam pemilihan PKR baru-baru ini sedang mencetuskan pergolakan yang amat besar buat parti itu.

Ramai berpandangan Rafizi sebagai Timbalan Presiden yang baharu kini lebih dominan dalam kepimpinan PKR.

Pegangan Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail pula dikatakan semakin longlai dan sedang dikesampingkan.

Pemimpin PKR yang taat setia pada Anwar juga dikatakan sedang berdepan dilema sama ada untuk kekal atau membawa haluan berbeza.


Anwar dilihat oleh penyokong kem Rafizi sebagai lemah dan sudah kurang bermaya untuk menerajui saf pimpinan PKR berdepan PRU-15.

Mereka mahukan aura Raja Formula Rafizi yang sarat dengan andaian dan angka-angka untuk mempengaruhi rakyat seperti PRU-14.

Dengan demikian tidak keterlaluan jika dikatakan legasi Anwar dan isteri dalam PKR sebenarnya telah pun berakhir.

Kini PKR adalah Rafizi dan Rafizi adalah PKR.

Mynewshub-

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori