Sunday, January 26, 2025

Creating liberating content

Bekas Pegawai Tadbir Kanan...

KUALA LUMPUR – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini menahan bekas Pegawai...

48 Wanita Warga Asing...

BUTTERWORTH - Sejumlah 48 wanita warga asing yang dipercayai dipaksa bekerja sebagai pelayan...

Masak La Malaysia, Harga...

KEYAKINAN Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamed boleh dikatakan ‘memakan diri’ apabila harga...

Sewa Rumah Buat Proses,...

KLANG: Kegiatan haram empat sahabat memproses dan menjual air ketum di sebuah rumah...

‘Post Mortem’ Cari Punca Calon Tidak Duduki SPM 2021

PUTRAJAYA : Kementerian Pendidikan (KPM) akan menjalankan ‘post mortem’ bagi mengenal pasti punca 24,941 calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2021 tidak menduduki peperiksaan berkenaan.

Ikuti Mynewshub: Facebook,TwitterTikTokTelegram, Instagram

Menterinya, Datuk Dr Mohd Radzi Jidin, berkata sebahagian besar daripada mereka adalah calon persendirian.

“Jika calon sekolah, guru dan pengetua sudah ke rumah pelajar berkenaan untuk mereka kembali ke sekolah, namun ada antara mereka tidak mahu meneruskan sesi persekolahan dan peperiksaan. Itu antara perkara yang kita sudah usahakan sejak awal.

“Macam-macam alasan diberi. Ada sebab peribadi, masalah keluarga dan bekerja dan itu penyebab mereka tidak mahu menduduki SPM 2021.

“Bagaimanapun, sebahagian mereka adalah calon persendirian,” katanya pada sidang media selepas melawat Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Presint 18 (1) di sini, hari ini.

Terdahulu, Ketua Pengarah Pendidikan, Datuk Nor Zamani Abdol Hamid memaklumkan 407,097 calon mendaftar dan daripada jumlah itu sebanyak 382,156 menduduki peperiksaan.


Daripada jumlah dinyatakan, seramai 388,600 calon mendaftar di sekolah termasuk sekolah kerajaan, swasta dan sekolah agama manakala selebihnya 18,497 calon ialah persendirian.

Mengulas perjalanan SPM 2021, Radzi berkata, KPM berpuas hati dengan keputusan calon yang juga kohort pertama bagi Kurikulum Standard Sekolah Menengah (KSSM).

“Walaupun ramai kata tidak perlu teruskan peperiksaan ini, namun ketika itu kita yakin dengan Prosedur Operas Standard (SOP) serta usaha yang sudah dilakukan.

“Ini berbeza dengan pelajar SPM 2020 yang sempat belajar sepenuhnya di Tingkatan Empat sebelum COVID-19 melanda.

“Pelajar SPM 2021 antara yang terjejas ketika di Tingkatan Empat dan Lima. Ini bukan sahaja cabaran kepada murid, tetapi juga kepada ibu bapa serta guru bagi memastikan SPM berjalan dengan sebaiknya,” katanya.

-Berita Harian

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori