PETALING JAYA – Mulai tahun 2022, Pentaksiran Psikometrik (PPsi) akan dilaksanakan bagi murid tahun empat dan lima di sekolah rendah serta pelajar tingkatan dua di sekolah menengah.
Ikuti Mynewshub: Facebook,Twitter, TikTok, Telegram, Instagram
Menteri Kanan Pendidikan, Datuk Dr. Radzi Jidin berkata, sebelum ini PPsi dilaksanakan bagi pelajar tingkatan tiga sekolah menengah bagi menilai prestasi murid tersebut.
“Kali ini kita laksanakan PPsi bagi tiga kumpulan murid tersebut, ini membolehkan ibu bapa mendapat maklumat yang lebih menyeluruh berkaitan perkembangan anak masing-masing.
“Ia bukan sahaja dari sudut akademik, tetapi dari sudut jasmani, kesihatan dan psikometrik,” katanya pada sidang akhbar khas di sini hari ini.
-Kosmo Online