Monday, January 20, 2025

Creating liberating content

Hashtag #RespectMyPM Trending Di...

BIARPUN ada segelintir pihak yang mengatakan sokongan generasi muda terhadap Perdana Menteri, Datuk...

IKEA Nafi Ada Jual...

LONDON -  Gergasi gedung perabot terkemuka dunia, IKEA menafikan pernah menjual berus jamban...

Hukuman Mandikan Mayat Menanti...

DALAM usaha untuk membasmi serta mengurangkan kesalahan memandu dalam keadaan mabuk, kerajaan Thailand...

“Aku Ditipu Abang K-POP”...

GARA-GARA kasihankan kisah sedih seorang jejaka Korea Selatan, gadis Singapura ini telah ditipu...

Pulau Pinang Catat Pelaburan Pembuatan Tertinggi RM76.2 Bilion Tahun Lalu

GEORGETOWN: Pelaburan pembuatan di Pulau Pinang mencapai paras tertinggi sebanyak RM76.2 bilion pada tahun lalu walaupun berdepan dengan cabaran pandemik Covid-19.

Ikuti Mynewshub: Facebook,TwitterTikTokTelegram, Instagram

Ketua Menteri, Chow Kon Yeow berkata, rekod Pulau Pinang tahun lalu itu menjangkaui prestasi terdahulunya dengan ketara melalui projek penting daripada Intel Electronics dan Ibiden Electronics dan melepasi pelaburan terkumpul dari 2012 hingga 2020 iaitu sebanyak RM73.1 bilion.

”Ekonomi Pulau Pinang sejak 50 tahun lalu disokong oleh perindustrian Bayan Lepas dan diiktiraf sebagai semikonduktor dan hab elektrik dan elektronik (E&E) bagi rantau ini. Pulau Pinang pada tahun lalu telah mencapai nilai pelaburan pembuatan tertinggi sebanyak RM76.2 bilion,” katanya dalam sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) di sini hari ini.

Menurut Kon Yeow, jumlah nilai pelaburan pembuatan dari 2019 hingga 2021 adalah sebanyak RM107.2 bilion dan mewujudkan lebih 51,000 peluang pekerjaan.

“Nilai eksport negeri berjumlah RM310 bilion pada 2020, mewakili 32 peratus atau hampir satu pertiga daripada jumlah keseluruhan pelaburan di Malaysia. Pulau Pinang antara negeri terkecil di Malaysia, namun mampu menjana RM110 bilion nilai lebihan perdagangan pada 2020,” katanya.

Tambahnya, pada 2020 lebih 350 firma multinasional (MNC) dan lebih 4,000 perusahaan kecil dan sederhana terdapat di negeri ini dengan menyumbang hampir 30 peratus daripada jumlah keseluruhan perdagangan Malaysia.


”Bagi produk litar bersepadu elektronik, Pulau Pinang menyumbang sebanyak 70 peratus daripada keseluruhan eksport negara,” katanya.

Dalam pada itu, Kon Yeow berkata, kerajaan negeri sentiasa berusaha keras untuk memastikan Seberang Perai menjadi pemangkin pertumbuhan untuk masa depan.

Namun katanya, Pulau Pinang memerlukan peruntukan yang banyak untuk menambah baik kemudahan dan fasiliti.

”Walaupun Seberang Perai pesat membangun, kerajaan negeri tidak dapat menafikan masih terdapat beberapa masalah seperti kesesakan lalu lintas, pengurusan sisa, pencemaran sungai, masalah bekalan air wujud. Oleh itu, kerajaan negeri sentiasa berusaha keras untuk memastikan Seberang Perai menjadi pemangkin pertumbuhan untuk masa depan,” katanya.

UtusanOnline-

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori