Wednesday, November 27, 2024

Creating liberating content

Johor Peruntuk RM50 Juta...

TANGKAK - Kerajaan negeri hari ini memperuntuk serta-merta sebanyak RM50 juta bagi mengatasi...

Emoji Menangis Kegembiraan Dipilih...

JIKA tahun-tahun sebelum ini perkataan 'alaf baru' seperti selfie dan vape dipilih menjadi...

JKM Alor Setar ‘Songlap’...

SEORANG lelaki mendakwa ibunya yang merupakan orang kelaianan upaya (OKU) tidak pernah menerima bantuan...

1,219 Kes Baharu Covid-19,...

KUALA LUMPUR - Kes baharu positif Covid-19 negara ini kembali meningkat hari ini...

Pulau Pinang Kekurangan Bekalan Telur Ayam

GEORGE TOWN – Pembekal telur ayam di negeri ini sekali lagi dihimpit kebimbangan apabila bekalan barangan keperluan itu didakwa berkurangan sehingga 60 peratus sejak dua minggu lalu.

Ikuti Mynewshub: Facebook,Twitter, TikTok, Telegram, Instagram

Masalah yang berlaku menyebabkan ada dalam kalangan mereka terpaksa mengehadkan jumlah tempahan harian selain melakukan penghantaran secara berperingkat.

Pembekal juga dikatakan terpaksa mendahulukan tempahan untuk kegunaan ha­rian terutama kepada peruncit di pasar awam dan pengusaha restoran.

Seorang pembekal yang mahu dikenali sebagai Zul, 42, berkata, kekurangan bekalan keperluan utama itu di peringkat pembekal adalah melibatkan telur ayam Gred A, B, C dan D.

Katanya, bekalan yang diperoleh setakat ini hanya mencukupi untuk kegunaan harian, manakala pengedaran kepada pengusaha kek kini terpaksa dilakukan secara bergilir-gilir.

“Saya tidak dapat penuhi permintaan sepenuhnya daripada pelanggan terutama peruncit di pasar dan pengusaha restoran nasi kandar. Tempahan yang diminta tidak akan dihantar mengikut jumlah permintaan harian.


“Keadaan ini dipercayai berlaku di peringkat penternak atau peladang susulan isu kekurangan bekalan ayam standard di pasaran tempatan ketika ini,” katanya kepada Kosmo! di sini semalam.

Sementara itu, seorang peniaga runcit, Abdul Rahman Ahmad, 72, berkata, dia mengambil pendekatan dengan menjual hanya telur ayam bersaiz kecil pada harga RM3 bagi setiap 10 biji.

“Harga telur ayam kini naik turun di peringkat pembekal. Saya tiada pilihan terpaksa jual telur ayam bersaiz sa­ngat kecil, tidak pasti gred sebenarnya,” jelasnya.

Tinjauan Kosmo! di sebuah pasar mini di Bayan Lepas mendapati, bekalan telur ayam Gred A dan B mula dihantar pihak pembekal bermula kelmarin setelah lebih seminggu rak barangan itu ditinggalkan kosong.

Harga pasaran telur ayam ketika ini masih ditetapkan mengikut harga kawalan iaitu 43 sen bagi Gred A, 41 sen (Gred B) dan 39 sen (Gred C).

-Kosmo Online

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori