Wednesday, November 27, 2024

Creating liberating content

Sam Tidak Ikut Syatilla...

ANAK dan isteri bercuti ke luar negara... Tapi mana ayahnya? Inilah soalan yang...

Dipenjara Selepas Bantah Dihantar...

COX'S BAZAR (Bangladesh) - Dua lelaki etnik Rohingya dihukum penjara seminggu kerana membantah...

24 Hari Jaya Istiadat...

KUALA LUMPUR - Tempoh masa singkat tidak sampai sebulan bukanlah halangan untuk menjayakan...

Malaysia Alu-Alukan Komitmen Microsoft...

PUTRAJAYA - Malaysia mengalu-alukan komitmen jangka panjang Microsoft Corporation (Microsoft) dalam memperkasakan Ekonomi...

Rakyat Malaysia Beli Ayam Harga Eksport?

DAP membantah keras langkah kerajaan menghentikan eksport ayam kerana ia didakwa menjejaskan pendapatan pembekal ayam.

Ikuti Mynewshub: Facebook,TwitterTikTokTelegram, Instagram

Bagaimanapun sebelum itu DAP kuat menghentam kerajaan kerana kekurangan bekalan ayam di pasaran untuk kegunaan dalam negara.

Ini bermaksud DAP sebenarnya tidak jujur dalam merungkai permasalahan bekalan ayam sebaliknya cuba mengambil kesempatan politik.

Bagaimanapun langkah kerajaan melarang eksport ayam dilihat tepat kerana isu kekurangan bekalan ayam dalam negara semakin memulih.

Namun demikian harga ayam yang dijual pula sangat tinggi menimbulkan satu lagi permasalahan yang belum dapat diselesaikan.

Ini akan tetapi meragukan kerana bekalan yang kembali pulih sepatutnya menurunkan harga ayam dan bukan menaikkan lagi harga.

Lantas teringat pada DAP semasa membantah larangan eksport ayam mendakwa pembekal ayam rugi kerana harga ayam yang dieksport lebih tinggi.

Mungkinkah harga ayam yang tinggi sehingga RM12 sekilogram di pasaran tempatan ketika ini adalah harga ayam untuk pasaran eksport disebabkan pembekal mahu mengekalkan keuntungan akibat larangan eksport?

Itupun menimbulkan tanda tanya juga mengapa pembekal ayam berpaut kepada DAP untuk membantah langkah kerajaan menghentikan eksport ayam?


Apa hubungan DAP dan tauke-tauke khususnya pembekal ayam selama ini?

Sebab itu timbul desas desus harga barangan termasuk harga ayam naik mendadak disebabkan Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15).

Keraguan itu timbul ekoran situasi sama pernah disaksikan menjelang PRU-14 apabila harga barang tiba-tiba mengalami peningkatan mendadak.

Ketika itu ramai tauke-tauke beritahu pembeli konon harga barang naik disebabkan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST).

Pembangkang pula menyerang kerajaan bertubi-tubi dan menghasut rakyat membenci kerajaan kerana harga barang naik.

Kini menjelang PRU-15 harga barang meningkat dengan lebih teruk dan kembali menjadi senjata pembangkang menyerang kerajaan.

Apa kaitan harga barang naik dengan pilihan raya umum hanya mereka-mereka yang tahu. Wallahualam bissawab…

-Mynewshub

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori