Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

Video Seks: 26 Pemimpin...

SHAH ALAM - Seramai 26 pemimpin kanan Parti Keadilan Rakyat (PKR) termasuk empat...

Jumlah Mangsa Banjir Di...

JOHOR BAHARU - Sekeluarga lima orang yang ditempatkan di pusat pemindahan banjir di...

Ibrahim Ali Terajui Parti...

KUALA LUMPUR – Parti Bumiputera Perkasa Malaysia (Putra) kini bergerak sebagai parti politik...

Editor Buku Hina Jata...

KUALA LUMPUR - Editor buku ‘Rebirth: Reformasi, Resistance, And Hope In New Malaysia’,...

RUU Larang Lompat Parti Dibentang Awal Julai

SHAH ALAM – Jawatankuasa Pilihan Khas bagi menimbang Rang Undang-Undang Perlembagaan (Pindaan) (No.3) 2022 mengenai peruntukan larangan Ahli Dewan Rakyat bertukar parti meminta dan mencadangkan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob untuk mengadakan Mesyuarat Khas Parlimen pada minggu pertama Julai depan.

Ikuti Mynewshub: Facebook,TwitterTikTokTelegram, Instagram

Pengerusi Jawatankuasa Pilihan Khas, Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata, ia selaras dengan Peraturan Mesyuarat 11(3), Peraturan-Peraturan Majlis Mesyuarat Dewan Rakyat.

“Mesyuarat juga bersetuju dan memuktamadkan draf Rang Undang-Undang Peruntukan Larangan Ahli Dewan Rakyat Bertukar Parti (Pindaan) (No. 3) 2022 untuk dibentangkan dan dibahaskan dalam Dewan Rakyat.

“Dalam hal ini, lima persoalan dasar telah dibangkitkan jemaah menteri semasa mesyuarat pada 1 Jun 2022 dan telah diulas dan dijawab oleh Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen dalam mesyuarat semalam,” katanya dalam kenyataan pada Rabu.

Mengulas lanjut, beliau berkata, maklum balas Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen berkaitan perkara tersebut akan dibawa semula sebagai suatu Nota Jemaah Menteri dalam mesyuarat jemaah menteri akan datang.


Wan Junaidi yang juga Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-undang) memaklumkan bahawa mesyuarat terakhir akan diadakan dalam masa terdekat untuk mengesahkan Penyata Jawatankuasa Pilihan Khas.

Secara umumnya, beliau berkata, Jawatankuasa Pilihan Khas itu telah berjaya melaksanakan terma rujukan sebagaimana usul yang diluluskan pada 11 April 2022.

“Pencapaian ini merupakan hasil komitmen bersama oleh semua ahli jawatankuasa dengan sokongan padu Parlimen Malaysia, Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang, Jabatan Perdana Menteri dan Jabatan Peguam Negara,” katanya.

-Sinar Harian

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori