Wednesday, January 22, 2025

Creating liberating content

Polis Buru Suspek Lakukan...

SHAH ALAM - Polis sedang mengesan seorang suspek yang melakukan ugutan jenayah terhadap...

BN Menang PRU14 Jika...

PUTRAJAYA - UMNO atau Barisan Nasional (BN) kemungkinan akan meraih kemenangan sekiranya PAS...

Harga Petrol, Diesel Naik...

KUALA LUMPUR - Harga petrol dan diesel bagi bulan Mac naik 25 sen...

Empat Warga Asing Diberkas...

IPOH - Respons pantas pihak polis terhadap bunyi penggera sistem keselamatan di sebuah...

Salmonella Ditemui Dalam Kilang Coklat Terbesar Dunia

BRUSSELS: Bakteria Salmonella ditemui di kilang coklat terbesar yang dikendalikan oleh oleh syarikat gergasi Switzerland, Barry Callebaut, di bandar Wieze, Belgium.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Jurucakap syarikat itu berkata, pengeluaran sudah dihentikan di kilang yang menghasilkan coklat cair dalam kelompok borong bagi 73 pelanggan yang membuat kuih muih.

Jurucakap, Korneel Warlop, berkata semua produk yang dikeluarkan sejak ujian dilakukan sudah disekat.

“Barry Callebaut sedang menghubungi semua pelanggan yang mungkin menerima produk tercemar.

Pengeluaran coklat di Wieze kekal digantung sehingga diberitahu kelak.

“Kebanyakan produk yang didapati tercemar masih berada di kilang,” katanya.

Firma itu bagaimanapun menghubungi semua pelanggannya dan meminta mereka untuk tidak menghantar sebarang produk yang dihasilkan dengan coklat yang dibuat sejak 25 Jun di kilang Wieze ini, yang terletak di Flanders, barat laut Brussels.


Agensi keselamatan makanan Belgium (AFSCA) sudah dimaklumkan dan jurucakapnya memberitahu, siasatan sudah dibuka.

Kilang Wieze tidak membuat coklat untuk dijual terus kepada pengguna dan firma itu tidak mempunyai sebab untuk mempercayai bahawa mana-mana barangan tercemar yang dibuat oleh pelanggan sudah sampai ke rak kedai.

Insiden itu berlaku beberapa minggu selepas kes coklat dicemari salmonella di kilang Ferrero di Arlon di selatan Belgium, yang menghasilkan coklat Kinder.

Pihak berkuasa kesihatan Belgium pada 17 Jun lalu mengumumkan bahawa mereka sudah memberi lampu hijau untuk kilang gergasi Itali itu memulakan semula operasinya untuk tempoh percubaan selama tiga bulan.

Kumpulan Switzerland Barry Callebaut membekalkan produk koko dan coklat kepada banyak syarikat dalam industri makanan, termasuk gergasi industri seperti Hershey, Mondelez, Nestle atau Unilever. – AFP

BHonline-

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori