Monday, January 20, 2025

Creating liberating content

Pilih Kerajaan Mampu Jaga...

PUTRAJAYA - Tahun 2018 adalah penting buat rakyat untuk membuat keputusan memilih pihak...

Bekas Pengurus Pemasaran TM...

SHAH ALAM - Mahkamah Sesyen di sini hari ini memerintahkan seorang bekas pengurus...

Wanita Maut Tercampak Dari...

ALOR SETAR - Seorang wanita maut selepas tercampak keluar apabila kereta yang dipandu...

Raja Nong Chik Bidas...

KUALA LUMPUR - Calon Barisan Nasional (BN) Parlimen Lembah Pantai, Datuk Seri Raja...

Selangor Benar Laksana Ibadah Korban Dengan SOP Umum

SHAH ALAM : Kerajaan Negeri Selangor membenarkan pelaksanaan ibadah korban tahun ini dengan prosedur operasi standard (SOP) umum sama ada secara persendirian, badan berkanun, agensi swasta, institusi dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO).

Ikuti Mynewshub: Facebook,TwitterTikTokTelegram, Instagram

Exco Agama Islam, Pengguna dan Industri Halal, Mohd. Zawawi Ahmad Mughni, dalam satu kenyataan berkata, pentadbir masjid, surau, musolla dan semua jawatankuasa pelaksanaan ibadah korban yang dilantik hendaklah memastikan pematuhan SOP sepanjang pelaksanaannya.

“Ketetapan berhubung SOP tersebut berkuatkuasa mulai 1 Jun lepas oleh Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS).

“Seperti SOP semasa pandemik Covid-19, para peserta program korban perlu mengekalkan penjarakan fizikal yang bersesuaian,” katanya.


Beliau menjelaskan, peserta ibadah korban perlu kerap mencuci tangan dengan sabun atau cecair pembasmi kuman sementara SOP pemilihan haiwan korban di pusat penternakan boleh dilakukan tidak melebihi tiga orang pada satu-satu masa.

“Waktu penghantaran haiwan korban adalah mulai pukul 8.30 pagi hingga 12.00 malam.

“Haiwan korban hendaklah ditambat di antara pokok atau tempat penambat dengan jarak 7 meter hingga 9 meter di antara satu sama lain,” jelasnya.

-Utusan Online

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori