Wednesday, January 22, 2025

Creating liberating content

UMNO Perak Tumpu Isu...

IPOH - Cadangan meminda Akta Hasutan 1948 adalah antara isu utama yang akan...

Jenama Nasi Kak Wook...

KOTA BHARU - Perusahaan Nasi Kak Wook yang terkenal di Kelantan memberi amaran...

Harga RON97, RON95 Kekal,...

KUALA LUMPUR - Harga runcit petrol RON95 dan RON97 masing-masing kekal pada RM1.90...

PRK Sg. Besar: Peti...

SUNGAI BESAR - Peti-peti undi bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Sungai Besar tiba...

Singapura Import Ayam Dari Indonesia

SINGAPURA – Indonesia kini turut disenaraikan sebagai antara pengeksport daging ayam sejuk beku, daging ayam diproses dan produk berasaskan ayam ke Singapura, menurut Agensi Makanan Singapura (SFA) pada Khamis.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Dalam hantaran di Facebook, SFA memaklumkan bekalan ayam yang telah diluluskan dari Indonesia kini boleh diimport sebagai sumber tambahan bekalan sedia ada dari Brazil, Thailand dan Australia.

“Usaha SFA itu dilihat sebagai satu langkah ke hadapan dalam mempelbagaikan sumber bekalan makanan dan meningkatkan daya tahan bekalan.

“Langkah ini akan melindungi kita daripada ketidaktentuan bekalan global,” menurut SFA.


SFA memaklumkan bahawa kepelbagaian telah menjadi asas kepada strategi menjamin keselamatan makanan Singapura.

“Kerajaan telah melakukan perancangan jangka panjang dan mengambil tindakan secara proaktif melindungi bekalan makanan Singapura,” menurut SFA.

Singapura telah mempelbagaikan sumber makanannya sejak sekian lama, terutama membabitkan makanan asasi seperti telur, ayam dan sayur-sayuran.

Bernama-

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori