Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

COVID-19: Kluster Baharu Dikesan...

KUALA LUMPUR - Kementerian Kesihatan mengenal pasti satu kluster baharu COVID-19 dalam kalangan...

“Saya Masih Seperti Dahulu,”...

LONDON - Perdana Menteri Malaysia Tun Dr Mahathir Mohamad menegaskan bahawa beliau masih...

Rasuah: Kes Shafie, Isa...

KUALA LUMPUR - Kejayaan besar Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) membongkar kes rasuah...

Pasar Tani Menjelang Ramadan...

KUALA TERENGGANU - Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (Fama) akan mengadakan jualan menjelang Ramadan...

Skandal MARA Corp: SPRM Sudah Cadang Nama Dituduh, Tiada Makluman Kes Gugur

KUALA LUMPUR : Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sudah mencadangkan beberapa nama kepada Jabatan Peguam Negara untuk dituduh susulan siasatan berhubung salah guna kuasa dan salah urus syarikat MARA Corporation (MARA Corp).

Ikuti Mynewshub: Facebook,TwitterTikTokTelegram, Instagram

Perkara itu disahkan Ketua Pesuruhjayanya, Tan Sri Azam Baki, namun beliau menegaskan tiada sebarang makluman diterima pihaknya berhubung pengguguran tiga individu yang disiasat dalam skandal integriti MARA Corp itu.

“Kita sudah cadangkan nama untuk dituduh dan setakat ini kita tidak mempunyai makluman daripada Jabatan Peguam berhubung kes yang tak dituduh.

“Jadi saya tiada komen mengenai perkara itu (pengguguran tiga nama individu disiasat SPRM),” katanya kepada pemberita selepas Majlis Anugerah Media SPRM, di sini hari ini.

Semalam melaporkan Jabatan Peguam Negara didakwa tidak meneruskan pendakwaan bagi kes MARA Corp biarpun kertas siasatan lengkap sudah diserahkan SPRM sejak awal April lalu.

Sebelum ini, SPRM memaklumkan pihaknya sudah melengkapkan siasatan berhubung dakwaan isu integriti membabitkan lima pegawai kanan MARA yang dikaitkan dengan penyalahgunaan kuasa.


Malah Azam sendiri pada 31 Mac lalu memaklumkan kepada media pihaknya yakin tiga pegawai MARA Corp yang disiasat itu bakal diheret ke mahkamah dalam masa terdekat.

Isu salah guna kuasa dan salah urus MARA Corp didedahkan pemilik akaun Twitter menerusi ciapannya yang turut melampirkan enam halaman surat berhubung isu integriti pegawai agensi di bawah Kementerian Pembangunan Luar Bandar itu.

Lima pegawai agensi itu yang dikaitkan dakwaan terbabit juga tampil membuat laporan di Balai Polis Dang Wangi di Kuala Lumpur secara berasingan, menafikan terbabit perbuatan seperti didakwa.

Mengulas perkembangan itu, Azam menjelaskan SPRM sudah pun menyelesaikan tanggungjawab dalam siasatan kes berkenaan.

“Tugas kami sudah siasat dan keterangan yang ada sudah memadai untuk SPRM mencadangkan pertuduhan beberapa pihak,” katanya.

-Berita Harian

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori