COLOMBO: Krisis ekonomi di Sri Lanka semakin meruncing apabila pihak kerajaan mengambil keputusan menutup sekolah dan penjawat awam pula diarahkan bekerja dari rumah.
Ikuti Mynewshub: Facebook,Twitter, TikTok, Telegram, Instagram
Tempoh bekerja dari rumah akan diputuskan oleh pihak kerajaan dan sekolah pula ditutup selama seminggu.
Anggota tentera pula dilihat menyerahkan token hari ini kepada orang ramai yang beratur mendapatkan minyak petrol akibat kekurangan bahan api yang semakin teruk.
Seorang pemandu beca bermotor, WD Shelton, 67, berkata, dia terpaksa beratur selama empat hari tanpa makan dan tidur bagi mendapatkan minyak petrol.
“Pendapatan kami hilang dan saya tidak mampu memberi makan kepada ahli keluarga. Ini adalah tragedi kerana kita tidak tahu sampai bila akan berakhir,” katanya ketika ditemui di stesen minyak di Colombo.
Jumlah pengguna yang beratur di stesen minyak juga semakin bertambah sejak minggu lalu.
Pengangkutan awam, penjanaan kuasa dan perkhidmatan perubatan akan diberikan keutamaan mendapatkan minyak petrol dengan beberapa catuan ke pelabuhan dan lapangan terbang.
UtusanOnline-