Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

Video: Kecoh Gadis Histeria...

BARU-BARU ini, viral di laman Twitter video mengenai seorang gadis tiba-tiba histeria ketika...

Misbun Terkejut Kemampuan Zii...

KUALA LUMPUR - Ketua jurulatih perseorangan lelaki negara Datuk Misbun Sidek tidak menjangka...

Pembangkang Bawa Orang Luar...

JOHOR BAHRU - Sambutan luar biasa terhadap kempen yang diadakan parti pembangkang tidak...

Misi Anak Buah Wenger...

KEPUTUSAN seri 1-1 dengan Atletico Madrid di Emirates sedikit sebanyak menyukarkan jalan Arsenal...

Sri Lanka Terputus Bekalan Elektrik Akibat Mogok Kesatuan Sekerja

COLOMBO: Sebahagian besar Sri Lanka terputus bekalan elektrik selepas kesatuan sektor tenaganya melancarkan mogok membantah peraturan baharu kerajaan, sekali gus menambah kesukaran negara itu untuk menangani krisis ekonomi yang buruk.

Ikuti Mynewshub:Ā Facebook,Twitter,Ā TikTok,Ā Telegram,Ā Instagram

Sekitar 900 daripada kira-kira 1,100 jurutera Lembaga Elektrik Ceylon (CEB) yang dikendalikan kerajaan, syarikat tenaga utama Sri Lanka, memulakan mogok tengah malam tadi dan menghentikan operasi di lapan loji kuasa hidro yang menjana kira-kira 1,000 megawatt (MW) elektrik.

Seramai 22 juta penduduk Sri Lanka mengalami kegawatan paling serius di negara itu dalam tempoh tujuh dekad, dengan masalah kekurangan teruk bahan api, ubat dan keperluan lain, dalam keadaan inflasi serta penurunan nilai mata wangnya.

Dalam usaha menghalang Kesatuan Jurutera CEB daripada mogok, Presiden Sri Lanka, Gotabaya Rajapaksa, mengeluarkan satu pemberitahuan warta semalam, yang mengisytiharkan bekalan elektrik sebagai perkhidmatan penting.

Antara lain, ia merangkumi arahan undang-undang mewajibkan jurutera melaporkan diri ke tempat kerja.

“Presiden Rajapaksa memanggil presiden kesatuan lewat malam tadi dan membuat rayuan untuk tidak membiarkan keseluruhan grid runtuh.

“Justeru, kami sedang berusaha untuk memastikan hospital dan perkhidmatan penting lain mempunyai tenaga elektrik. Bagaimanapun, mogok akan diteruskan,” kata setiausaha bersama kesatuan itu, Eranga Kudahewa.


Kesatuan itu menentang rancangan kerajaan untuk meminda undang-undang yang mengawal sektor tenaga negara, termasuk menghapuskan sekatan ke atas pembidaan kompetitif bagi projek tenaga boleh diperbaharui.

Bagaimanapun, kerajaan, yang memberi keutamaan kepada tenaga boleh diperbaharui sebagai penyelesaian berpotensi untuk masalah tenaga negara, menggariskan keperluan pindaan itu bagi membolehkan kelulusan dan pelaksanaan projek yang lebih cepat.

Pengerusi pengawal selia tenaga, Suruhanjaya Kemudahan Awam Sri Lanka, Janaka Ratnayake, berkata wilayah yang menerima bekalan kuasa hidro mengalami gangguan bekalan elektrik, termasuk sebahagian ibu kota komersial Colombo.

“Kami sedang berusaha untuk memulihkan perkhidmatan dan akan berbincang dengan kesatuan sekerja bagi mengurangkan kesulitan awam,” katanya.

Sri Lanka lumpuh akibat pemotongan bekalan elektrik yang berpanjangan pada awal tahun ini, selepas negara itu tidak dapat mengimport bahan api yang diperlukan untuk menjana elektrik, walaupun keadaan kini sudah bertambah baik berikutan hujan monsun yang meningkatkan penjanaan kuasa hidro.

BHonline-

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori