Monday, January 27, 2025

Creating liberating content

Siti Bainun Menangis Nampak...

KUALA LUMPUR : Pengasas Rumah Bonda, Siti Bainun Ahd. Razali menangis teresak-esak semasa...

Rakyat Malaysia Terkandas Kongsi...

KUALA LUMPUR - “Dengan jalan keluar masuk kenderaan ditutup di semua tempat dan...

12 Pegawai, Anggota Polis...

GEORGETOWN - Seramai 12 pegawai dan anggota polis Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik...

Siasatan Dalaman Kes Guru...

JELEBU - Kementerian Pendidikan akan menjalankan siasatan dalaman berhubung kes guru didakwa mencabul...

Sultan: Jangan Sebut Projek Kerajaan Barisan, Perikatan…

Sultan Johor Sultan Ibrahim Sultan Iskandar bertitah bahawa baginda mahukan kerajaan negeri bergerak tanpa kepentingan politik.

Ikuti Mynewshub: Facebook,TwitterTikTokTelegram, Instagram

Baginda turut bertitah agar pelantikan ketua kampung tidak dikaitkan dengan mana-mana parti politik.

Selain itu, pelantikan ahli majlis tempatan hendaklah mengambil kira taraf pendidikan, kepakaran dan pengalaman kerja, bukan mengikut jawatan parti politik.

Baginda bertitah, tugas mereka adalah untuk memberikan pandangan sahaja, bukan untuk mengaut kontrak kerja.


“Saya mahu kerajaan negeri bergerak tanpa kepentingan politik. Oleh itu, segala projek kerajaan hendaklah disebut sebagai Projek Kerajaan Johor, bukannya Projek Kerajaan Barisan, Perikatan atau yang lain-lain.

“Bantuan oleh kerajaan juga hendaklah dibuat melalui jabatan kerajaan, pejabat daerah, penghulu dan ketua kampung supaya ia tidak berbau politik,” titah sultan seperti laporan disiarkan di Facebook baginda.

Baginda bertitah demikian ketika berangkat pada majlis perasmian pembukaan penggal persidangan pertama Dewan Negeri Johor ke-15.

-Malaysia Kini

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori