Wednesday, November 27, 2024

Creating liberating content

Perbicaraan Kes Bunuh CEO...

SHAH ALAM - Prosiding perbicaraan kes pembunuhan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Cradle Fund,...

Keadaan Di UK Membimbangkan,...

Seremban : Demonstrasi di beberapa kawasan di United Kingdom (UK) kini semakin membimbangkan...

BN Dan GPS Untuk...

Kajang : Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengesahkan dua jawatan Timbalan Perdana...

Vokalis Paramore Cerai Selepas...

VOKALIS kumpulan rock popular Paramore, Hayley Williams dan suaminya telah bercerai setelah lebih...

Teater Tanjong Dibawa Ke Istana Budaya

Kuala Pilah : Usaha memartabatkan Adat Perpatih di negeri ini diterjemahkan menerusi pementasan teater bertajuk Tanjong oleh sekumpulan remaja dan kanak-kanak dari Kelab Teater ASAR Negeri Sembilan.

Ikuti Mynewshub: Facebook,TwitterTikTokTelegram, Instagram

Meskipun teater berkenaan dibarisi pelakon cilik dan hanya diuruskan ibu bapa pelakon di pekan Kuala Pilah, ia bakal dipersembahkan di pentas besar iaitu di Istana Budaya di ibu negara penghujung tahun ini.

Ahli Jawatankuasa Kelab Teater ASAR Negeri Sembilan, Mohamad Izzuddin Hamdan berkata, teater itu mendapat kerjasama Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negeri Sembilan (JKKNS), Pakej Rangsangan Industri Kreatif Malaysia (Prisma) dan Agensi Pembangunan Ekonomi Seni Budaya (Cendana).

“Sutradaranya, Dr Ahmadrashidi Hassan ingin melihat naskhah ini diangkat untuk memartabatkan seni teater yang kian pudar di Negeri Sembilan selain memberikan wadah terbaik kepada ahli Kelab Teater ASAR melakukan aktiviti bermanfaat ketika Covid-19 melanda negara baru-baru ini,

“Naskhah Teater Tanjong dibawa ke pentas berprestij antarabangsa Encore Melaka pada Sabtu dan Ahad lalu dan akan dipentaskan di Istana Budaya pada 9 dan 11 September 2022,” katanya.

Mohamad Izzuddin berkata, Tanjong menceritakan krisis yang dilalui Luak Tanjong apabila Bugis dan Belanda menyerang Johor mengakibatkan Datok Penghulu Luak Tanjong, Tok Nagho terpaksa berlayar ke Tanah Minangkabau untuk memohon perlindungan Pagaruyung.


“Tok Nagho melantik anaknya Baroq untuk menjadi penghulu. Dalam perjalanan ke Minangkabau, Tok Nagho meninggal dunia dan mengakibatkan kekosongan tampuk pemerintahan.

“Mengikut Adat Perpatih, tampuk pemerintahan seterusnya perlu diserahkan kepada Tok Pedano namun Baroq tidak mahu mengikut aturan Adat Perpatih dan ingin terus memegang kuasa.

“Ketidaktentuan tampuk kepimpinan ini mengakibatkan berlakunya perselisihan faham dan pertumpahan darah di dalam Luak Tanjong,” katanya.

Mohamad Izzuddin berkata, pementasan teater itu adalah penghargaan kepada seluruh warga kelab kerana Kelab Teater ASAR Negeri Sembilan hanya bermula dari sebuah kelab teater kecil di pekan Kuala Pilah.

“Malah ia hanya digerakkan ibu bapa pelakon dan ahli keluarga mereka tetapi kini naskhah Tanjong dipentaskan di dua pentas terbesar di Malaysia,” katanya.

-Harian Metro

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori