Thursday, October 24, 2024

Creating liberating content

RELA Sebahagian Komponen Keselamatan...

ARAU - Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA) merupakan sebahagian daripada komponen keselamatan yang melengkapi...

Gadis Ditumbuk, Ditampar Penyamun

LAHAD DATU - Seorang gadis berusia 17 tahun ditumbuk di mata, mulut dan...

Kerajaan Usahakan Kaedah Pemulihan...

MELAKA - Kerajaan akan terus berusaha mencari kaedah rawatan yang membawa kepada pemulihan...

Tingkat Risikan Perangi Penjenayah...

LAHAD DATU - Perisikan Pasukan Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCom) perlu...

Tiada Cukai Baharu Tahun Ini

KUALA LUMPUR : Kerajaan berpendapat sebarang sistem percukaian baharu, termasuk syor pengenalan semula Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST), tidak mungkin dapat dilaksanakan pada tahun ini.

Ikuti Mynewshub: Facebook,TwitterTikTokTelegram, Instagram

Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz, berkata pengenalan cukai baharu perlu melalui proses tertentu, termasuk libat urus bersama rakyat serta dibentang ke Parlimen terlebih dahulu.

“Jadi, bila diambil kira keperluan libat urus bersama rakyat, keperluan untuk menambah baik sistem sedia ada dan tempoh secukupnya bagi sektor perniagaan membuat persediaan, tidak mungkin GST akan dilaksanakan pada tahun ini,” katanya kepada BH.

Tengku Zafrul menegaskan, sebelum memperkenalkan apa-apa cukai baharu, kerajaan perlu memastikan pemulihan ekonomi pasca COVID-19 berada di landasan yang stabil dan kukuh.

Katanya, ia juga selaras dengan kenyataan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob bahawa cadangan pelaksanaan GST masih lagi di peringkat kajian.

“Kementerian Kewangan (MOF) juga sedar bahawa ada pelbagai cabaran semasa seperti kenaikan harga barang, ekoran gangguan rantaian bekalan global yang diburukkan lagi oleh ketegangan geopolitk Ukraine-Russia.

“Tiada siapa yang boleh meramalkan hal ini semasa Bajet 2022 digubal,” katanya.

Tengku Zafrul seterusnya menjelaskan, dalam mana-mana sistem, pembayar cukai mahukan kepastian bahawa cukai dibayar akan dibelanjakan dengan berhemah dan ketirisan hasil dielakkan.

Disebabkan itu, katanya kerajaan sedang merangka Strategi Hasil Jangka Sederhana (MTRS) yang antara lain akan mengelakkan ketirisan hasil dan menekankan perbelanjaan berhemah.

“Sehubungan itu, sejak COVID-19 melanda, MOF konsisten membentangkan kad laporan mingguan, melalui Laporan LAKSANA (kini dipanggil Laporan Kewangan Rakyat) mengenai jumlah peruntukan kerajaan yang dibelanjakan dan berapa orang/perniagaan yang mendapat manfaatnya. Dalam sedikit masa lagi, kita akan membentangkan kad laporan yang ke-100.

“Pada masa yang sama, sekiranya kerajaan berhasrat memperkenalkan semula GST, penambahbaikan akan dibuat dari aspek kecekapan proses bayaran balik, mengelakkan kekeliruan dalam pengkelasan barang yang bercukai dengan tidak bercukai, peningkatan tahap kemahiran pegawai kerajaan, tahap pematuhan peniaga dan tadbir urus keseluruhan GST,” katanya.

Berdasarkan data, beliau juga yakin bahawa ramai yang setuju mengapa negara ini perlu mempertimbangkan asas cukai lebih luas.

Tengku Zafrul berkata, pada 2021, jumlah kutipan hasil negara mencatat hanya 15.1 peratus daripada KDNK dan ini adalah agak rendah berbanding kutipan hasil negara lain seperti Singapura (18.9 peratus), Thailand (17.7 peratus) dan Filipina (15.5 peratus).


Katanya, bagi hasil cukai negara, ia telah mencatat 11.2 peratus daripada KDNK.

“Jadi, sememangnya terdapat keperluan untuk kerajaan meneliti usaha meluaskan asas hasil supaya dapat mengagihkannya dengan lebih bermakna melalui program yang bermanfaat untuk seluruh Keluarga Malaysia,” katanya.

Mengulas lanjut, beliau berkata, hasil berkaitan komoditi pada tahun ini juga telah meningkat, namun ia tidak mampan kerana bergantung kepada pergerakan harga pasaran dan tidak mampu menampung sepenuhnya peningkatan perbelanjaan yang diperlukan untuk kesejahteraan rakyat.

“Sebab itulah kerajaan perlu meneroka sumber hasil yang stabil dan lebih meluas. Malah, 175 negara atau sekitar 90 peratus negara di seluruh dunia telah memperkenalkan cukai kepenggunaan yang lebih cekap dan telus serta mampu mencegah ketirisan kutipan hasil,” katanya.

Perdana Menteri dalam wawancara khas bersama kumpulan media Nikkei Asia di Tokyo, Jepun, baru-baru ini dilaporkan sebagai berkata, GST dilihat mampu mengembangkan pendapatan asas negara.

Malah, Ismail Sabri membayangkan bahawa kerajaan tidak menolak kemungkinan untuk mengembalikan sistem percukaian itu sebagai satu cara efektif menambah pendapatan negara, bagi menangani kenaikan inflasi dan kos sara hidup rakyat.

GST kali pertama dilaksanakan di Malaysia pada 1 April 2015 pada kadar enam peratus, sebelum digantung pada 1 Jun 2018 dan akhirnya dimansuhkan dengan digantikan Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) bermula 1 September 2018 oleh kerajaan Pakatan Harapan (PH).

Penganalisis ekonomi sebelum ini berpendapat, sekiranya kerajaan ingin mengembalikan GST, ia memerlukan masa sesuai supaya kelemahan pelaksanaannya sebelum ini ditangani, selain tidak menjejaskan kumpulan rentan serta pemulihan ekonomi.

Ahli Ekonomi Bank Islam Malaysia Bhd, Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata, pelaksanaan semula GST perlu dilaksanakan dalam keadaan yang berhati-hati memandangkan pemulihan ekonomi negara masih di peringkat awal.

Bagi penganalisis ekonomi Putra Business School (PBS), Prof Madya Dr Ahmed Razman Abdul Latiff, sekarang bukan masa yang sesuai untuk melaksanakan GST.

Ini kerana menurut beliau, walaupun ia cara paling mudah bagi kerajaan menambahkan hasil, cukai kepenggunaan itu akan menyebabkan rakyat tertekan kerana terpaksa membayar cukai tambahan ke atas barang dan perkhidmatan, dengan harga barang telah sedia tinggi.

-Berita Harian

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori