Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

Jangkitan Baharu Covid-19 Lepasi...

PUTRAJAYA ā€“ Kes jangkitan Covid-19 hari ini meningkat melepasi 7,000 dengan 7,234 kes...

Ramuan Kejayaan UMNO Dalam...

KUALA LUMPUR - Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menggariskan...

PPBM Minta Siasat Kekayaan...

SHAH ALAM - Seorang anggota akar umbiĀ Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) hariĀ ini membuat...

Seorang Lagi Mangsa Kemalangan...

Kuantan : Guru lelaki disahkan maut menjadikan tiga mangsa meninggal dunia dalam kemalangan...

TVET Lonjak Potensi Usahawan

Sungai Petani : Bermula dengan sebidang tanah seluas 0.2 hektar, seorang usahawan muda agromakanan bimbingan Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (Risda) kini lega apabila pertanian diceburinya mula mendatangkan hasil.

Ikuti Mynewshub:Ā Facebook,Twitter,Ā TikTok,Ā Telegram,Ā Instagram

Graduan lepasan Diploma Pengurusan Ladang Kolej Universiti Agrosains Malaysia (UCAM), Mohd Syazani Samsudin, 28, memilih menanam tebu di tanah terbiar belakang rumahnya tujuh tahun lalu dan bersyukur kerana memiliki 4.05 hektar ladang tebu yang dijalankan secara kerjasama dengan penduduk Kampung Tualang, Pokok Sena.

Menurutnya, pada awal menceburi bidang penanaman tebu itu, dia mengeluarkan modal RM1,000 hasil bantuan daripada ahli keluarga selepas menamatkan pengajian di UCAM.

“Pada awalnya, ibu kurang yakin dengan saya dan dia meminta saya memohon pekerjaan lain kerana mendakwa ia lebih terjamin untuk masa depan.

“Namun, lama kelamaan selepas melihat saya bersungguh dan meminati bidang pertanian selain tanaman tebu mula membuahkan hasil ibu akhirnya memberi galakan dan sokongan,” katanya ketika ditemui pada Ekspo Institusi Pendidikan TVET@KPLB 2022 di Dataran Amanjaya Mall, Sungai Petani.

Menurutnya, dia memilih tebu ragnar yang popular di kawasan utara kerana ia mudah ditanam selain penjagaan tanaman terbabit yang tidak memerlukan pemerhatian terlalu rapi.

“Selain itu, tempoh jangka masa sederhana panjang iaitu lapan bulan untuk memperoleh hasil tuaian tebu ragnar membuatkan saya memilih tanaman ini.

“Saya bersyukur kerana perusahaan dijalankan ini mula membuahkan hasil dan kini mampu mengupah tiga pekerja di ladang untuk menjaga dan menuai hasil,” katanya.

Mengakui pernah mengalami kerugian mencecah RM10,000 pada 2018 lalu akibat banjir, ia bagaimanapun tidak mematahkan semangat buat anak muda terbabit dan dia bangkit semula daripada kegagalan itu dengan memohon pinjaman dari beberapa agensi.


“Bagi saya, gagal itu adalah asam garam dalam apa sahaja bidang diceburi dan ia sebenarnya menjadi pencetus semangat dan dorongan untuk kita lebih berjaya asalkan tidak mengalah.

“Selain semangat serta pengorbanan, sokongan ahli keluarga turut menjadi pendorong untuk saya menceburi bidang pertanian ini,” katanya.

Menurutnya, dia bersyukur apabila permohonannya tahun lalu bagi mendapatkan bantuan berbentuk peralatan melalui Program Agromakanan Risda diluluskan baru-baru ini.

“Saya diberi peralatan yang jumlah keseluruhan bernilai RM60,000 antaranya mesin selenggara kebun, ATV (All Terrain Vehicle), mesin tebu elektrik dan beberapa peralatan lain.

“Alhamdulillah, bantuan diberikan Risda ini banyak membantu dalam memudahkan kerja terutamanya pengurusan ladang yang lebih cekap, peningkatan kuantiti dan meluaskan kawasan tanaman,” katanya.

Orang ramai yang ingin mendapatkan tebu ragnar boleh melayari laman Facebook Zani Hakim atau menghubungi Teratak Zani Agrofarm di talian 011-53369095.

Program Agromakan Risda diwujudkan bertujuan menggalakkan pekebun kecil terutamanya generasi muda menceburi bidang lain selain getah seperti tanaman jangka pendek, jangka panjang dan ternakan bagi meningkatkan pendapatan.

-Harian Metro

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori