Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

Pencemaran Sungai Batang Benar:...

SEREMBAN - Seorang lagi individu ditahan bagi membantu siasatan kes pencemaran Sungai Batang...

Video: Fuh… Satu Basikal,...

AKSI dua kanak-kanak lelaki di Indonesia yang gigih berganding tenaga mengayuh sebuah basikal...

Peniaga Diminta Serap SST...

SEREMBAN - Peniaga diminta menyerap terus Cukai Jualan dan Cukai Perkhidmatan (SST) pada...

Hisap 40 Rokok Sehari,...

Seorang perokok tegar lelaki dari Turki sanggup bertindak mengunci mukanya sepanjang bulan Ramadan...

Vaksin COVID-19 Moderna Selamat Untuk Kanak-Kanak – FDA

WASHINGTON : Pentadbiran Makanan dan Dadah Amerika Syarikat berkata vaksin COVID-19 Moderna Inc dibuktikan selamat dan berkesan untuk digunakan pada kanak-kanak berumur 6 bulan hingga 17 tahun.

Ikuti Mynewshub: Facebook,Twitter, TikTok, Telegram, Instagram

Sehubungan itu, jawatankuasa saintis yang akan bermesyuarat minggu hadapan akan mengundi sama ada ia akan disyorkan oleh pengawal selia berkenaan untuk diberikan kepada kanak-kanak.

FDA dalam dokumen taklimat yang diterbitkan semalam berkata, vaksin itu menghasilkan tindak balas imun yang sama pada orang dewasa dalam ujian sebelumnya.

“Data yang tersedia menyokong keberkesanan Vaksin Moderna COVID-19 dalam mencegah gejala COVID-19 dalam kumpulan umur pediatrik dari 6 bulan hingga 17 tahun,” kata pegawai FDA.

Pegawai FDA juga berkata, vaksin itu secara amnya mempunyai profil kesan sampingan yang sama seperti pada orang dewasa, walaupun kanak-kanak lebih kerap mengalami demam.


Kedua-dua vaksin COVID-19 berasaskan teknologi mRNA Moderna dan Pfizer/BioNTech sebelum ini dikaitkan dengan kejadian yang jarang berlaku bagi sejenis keradangan jantung yang dipanggil miokarditis, terutamanya kepada golongan muda.

Sesetengah negara di Eropah mengehadkan penggunaan Moderna untuk kumpulan umur lebih muda selepas beberapa kajian menunjukkan bahawa ia dikaitkan dengan risiko keradangan jantung yang lebih tinggi.

FDA berkata, miokarditis adalah risiko yang diketahui berkaitan dengan vaksin, tetapi ujian pediatrik pembuat ubat itu tidak cukup untuk mengukur kekerapan keradangan jantung bagi kumpulan berkenaan.

Vaksin Pfizer/BioNTech sudah dibenarkan di AS untuk penerima berumur lima tahun ke atas dan Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit (CDC) AS berkata, pada bulan Mei lalu bahawa laporan miokarditis selepas divaksin itu jauh lebih rendah ke atas kanak-kanak lelaki berumur lima hingga 11 tahun.

-Berita Harian

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori