Thursday, October 24, 2024

Creating liberating content

Shukri Jadi Peluncur, Kisah...

BETUL ke kata orang kalau lelaki cukur licin ketiak, habis sifat kelelakiannya? Atau...

1MDB: Laporan Awal Audit...

KUALA LUMPUR - Laporan awal oleh Ketua Audit Negara yang menyiasat aktiviti 1Malaysia...

Pengasuh Didakwa Sebabkan Kematian...

IPOH – Seorang pengasuh mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini hari...

Pasar Makanan Laut Wuhan...

BEIJING - Pasar makanan laut di Wuhan, wilayah Hubei mungkin bukan satu-satunya sumber...

WHO Beri Amaran Cacar Monyet Bukan Lagi Endemik

GENEVA – Risiko cacar monyet untuk menjadi penyakit bukan endemik kini menjadi realiti, kata Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) pada Rabu.

Ikuti Mynewshub: Facebook,TwitterTikTokTelegram, Instagram

Ia memberi amaran tersebut ketika lebih seribu kes cacar monyet disahkan wujud di sejumlah negara.

Bagaimanapun, Ketua WHO, Tedros Adhanom Ghebreyesus berkata, agensi kesihatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) itu tidak mengesyorkan supaya vaksinasi besar-besaran dilakukan bagi mengekang penyebaran virus cacar itu.

Beliau juga berkata, setakat ini tiada kematian telah dilaporkan akibat cacar monyet.

“Risiko cacar monyet wujud di negara-negara bukan endemik adalah nyata,” kata Tedros pada satu sidang akhbar.


Penyakit itu berlaku di sembilan negara Afrika tetapi ia telah dilaporkan turut terjadi di beberapa buah negara lain, kebanyakannya di Eropah terutamanya di Britain, Sepanyol dan Portugal.

“Lebih 1,000 kes cacar monyet yang disahkan kini telah dilaporkan kepada WHO dari 29 buah negara yang bukan endemik penyakit itu,” kata Tedros.

Endemik ialah istilah yang merujuk kepada penyakit atau wabak yang wujud di sesuatu kawasan atau daerah tertentu dan tidak melibatkan sehingga ke negara-negara lain.

Gejala awal cacar monyet termasuk demam panas, nodus limfa bengkak dan ruam seperti cacar air yang melepuh.

-Sinar Harian

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori