Thursday, October 24, 2024

Creating liberating content

Ambiga ‘Malu’ Malaysiakini Dedah...

KAWALAN keselamatan yang paling ketat di sekitar pusat bandar raya Kuala Lumpur berjaya...

Remaja Mengaku Salah Cederakan...

ALOR GAJAH - Seorang remaja mengaku bersalah di Mahkamah Sesyen Alor Gajah, di...

#BoycottMalaysia Tidak Jejas Hubungan...

KUALA LUMPUR - Kempen #BoycottMalaysia yang dilancarkan rakyat India di laman sosial Twitter...

3,000 Sambut Kepulangan Wira/Wirawati...

SERAMAI 3,000 peminat sukan tanah air membanjiri Kompleks Bunga Raya, Lapangan Terbang Kuala...

12 Mayat Tragedi Kapal Karam Di Laut China Selatan Ditemui

BEIJING – Sebanyak 12 mayat ditemui susulan insiden sebuah yang kapal karam di Laut China Selatan pada hujung minggu lalu yang menyaksikan 30 anak kapal hilang, kata pihak berkuasa China hari ini.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Pengumuman dibuat beberapa hari selepas kapal kejuruteraan itu rosak teruk dan putus dua di sebuah lokasi sekitar 296 kilometer ke barat daya Hong Kong beberapa hari lalu semasa ribut taufan melanda.

“Setakat pukul 3.30 petang (waktu tempatan) hari ini, pasukan penyelamat menemui 12 mayat disyaki mangsa yang lemas, di kawasan sekitar 92 kilometer dari lokasi kapal berkenaan tenggelam,” kata Pusat Mencari dan Menyelamat Maritim Guangdong dalam satu kenyataan hari ini.

Seramai tiga orang telah diselamatkan kelmarin dan seorang lagi awal pagi ini, demikian menurut media pemerintah China, menjadikan 26 orang masih hilang.


Taufan Chaba terbentuk di bahagian tengah Laut China Selatan tengah hari kelmarin dan tiba di daratan di wilayah Guangdong, selatan China.

Pasukan penyelamat Hong Kong mendapat makluman tentang kemalangan itu pukul 7.25 pagi Jumaat lalu dan menemui kapal itu berhampiran pusat taufan tersebut di mana keadaan cuaca buruk menjadikan operasi menyelamat sukar serta berbahaya.

Pada masa ini, sebanyak tujuh pesawat, 246 bot dan 498 bot nelayan telah dikerah untuk mencari baki mangsa yang hilang.

Kosmo-

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori