PETALING JAYA : Sebanyak 188 kawasan di Hulu Selangor dijangka mengalami gangguan bekalan air berjadual pada 9 Ogos ini dan dijangka pulih sepenuhnya pada pukul 1 pagi, 11 Ogos.
Ikuti Mynewshub: Telegram
Menurut Air Selangor, gangguan bekalan itu susulan pelaksanaan kerja-kerja penambahbaikan dan penyelenggaraan aset di Loji Rawatan Air Sungai Rasa (LRA Sg Rasa).
“Pelaksanaan kerja-kerja ini telah mendapat kelulusan Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) bagi menaiktaraf sistem bekalan air demi keselesaan para pengguna pada masa hadapan.
“Bekalan air dijangka akan mula disalurkan kepada para pengguna bermula pukul 1 pagi, 10 Ogos secara berperingkat-peringkat setelah kerja-kerja penambahbaikan dan penyenggaraan siap, dan seterusnya apabila sistem agihan bekalan air telah distabilkan.
“Tempoh masa gangguan dan pemulihan bekalan air di kawasan-kawasan yang terjejas adalah berbeza bergantung kepada jarak lokasi premis pengguna dan tekanan pada sistem agihan bekalan air.
“Pengguna juga boleh mendapatkan maklumat berhubung gangguan bekalan air berjadual ini dari semasa ke semasa menerusi saluran komunikasi rasmi kami seperti aplikasi Air Selangor, Facebook, Instagram dan Twitter atau hubungi Air Selangor di talian 15300,” katanya dalam satu hantaran di Faecbook, hari ini.
Sebarang pertanyaan dan aduan boleh diajukan di Help Centre di laman sesawang www.airselangor.com dan aplikasi Air Selangor.
-Utusan Online