Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

KPDNKK Kesan 99 Barang...

KEMENTERIAN Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) mengesan kenaikan harga 99 jenis...

Syukur Rezeki Lancar Berkat...

KIRA-KIRA 20 tahun lalu, Wan Mohd. Hafizam Wan Ismail dianggap hero Malaysia atas...

Ziarah Kubur Hanya Perkara...

TUMPAT – Datuk Seri Abdul Hadi Awang menyindir Tun Dr. Mahathir Mohamad yang...

Gambar Separuh Bogel Menyerupai...

GEORGETOWN - Polis meminta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) untuk menyekat penyebaran...

25 Ogos Prosiding Pengesahan Lafaz Cerai MB Perlis

BANGI – Mahkamah Rendah Syariah di sini hari ini menetapkan 25 Ogos depan untuk prosiding pengesahan lafaz cerai Menteri Besar Perlis, Datuk Seri Azlan Man terhadap isterinya, Sova Ali.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Hakim Syarie Abdullah Zuhdee Ab Halim menetapkan tarikh itu selepas peguam syarie, Nurul Atikah Abd. Rashid yang mewakili Azlan selaku defendan memaklumkan bahawa anak guamnya, tidak hadir kerana mempunyai urusan kerja yang tidak dapat dielakkan.

Selepas dimaklumkan perkara itu, Hakim Syarie, Abdullah Zuhdee berkata, mahkamah tidak dapat mengambil kenyataan lisan sama ada defendan bersetuju atau tidak dengan kenyataan plaintif yang mana mahkamah perlu mendengarnya daripada kedua-dua belah pihak.

Peguam syarie, Muhammad Syafiq Ibrahim yang mewakili Sova selaku plaintif pula berkata, pihaknya sudah cuba membuat serahan saman berkenaan namun tidak berjaya selain gagal menghubungi defendan.

Sejurus selepas prosiding, Muhammad Syafiq ketika ditemui berkata, prosiding yang ditetapkan Ogos depan akan menentukan sama ada berlaku lafaz talak atau tidak iaitu pengesahan lafaz cerai yang difailkan bulan lalu itu dibuat mengikut Seksyen 57 Enakmen Undang-undang Keluarga Islam Negeri Selangor 2003.


Sementara itu, Atikah berkata, dia hanya menerima dokumen tersebut melalui pembantu beliau dan maklum berkaitan tarikh kes pada hari ini.

Menurutnya, pihak peguam maklum mengenai perkara itu selepas dilantik sebagai peguam syarie di Mahkamah Syariah Shah Alam pada 1 Julai lalu.

Dalam pada itu, beliau turut memohon kepada mahkamah agar prosiding bulan depan, dapat dijalankan secara tertutup kerana bimbang berlaku salah faham masyarakat sehingga boleh menjejaskan reputasi yang mana anak guamnya seorang Menteri Besar.

Namun kata peguam itu, keputusan permohonan itu akan dimaklumkan sebelum perbicaraan bermula.

-Kosmo Online

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori