Friday, January 24, 2025

Creating liberating content

JAKIM Nafi Sebaran WhatsApp...

Susulan maklumat palsu yang disebarkan menerusi aplikasi Whatsapp kononnya produk Munchy's tidak halal,...

Penyampai TV Hampir Hilang...

Serbia ƃĀ¢Ć¢ā€šĀ¬Ć¢ā‚¬Å“ Seorang penyampai berita sebuah televisyen, Katarina Sreckovic, 25, hampir kehilangan kerjanya...

Kesalahan Sijil Halal Palsu...

KUALA LUMPUR - Penguatkuasaan Akta Perihal Dagangan 2011 (APD 2011) hampir berjaya mensifarkan...

RHB Buka 2 Cawangan...

KUALA LUMPUR - RHB Indochina Bank Ltd, anggota RHB Banking Group, secara...

5 Senapang Angin Dirampas, 60 PATI Ditahan Di Kuala Gula

BAGAN SERAI : Lima laras senapang angin buatan sendiri lengkap bersama peluru bebola besi ditemukan dalam Operasi Penguatkuasaan Imigresen di Perkampungan Nelayan Kuala Gula, di sini semalam.

Ikuti Mynewshub:Ā Telegram

Ketua Pengarah Imigresen, Datuk Seri Khairul Dzaimee Daud berkata, kesemua senjata dan peralatan berkenaan ditemukan di dalam bot yang dinaiki sekumpulan pendatang asing tanpa izin (PATI) ketika cuba melarikan diri ke arah sangkar ikan yang berdekatan di perairan Kuala Gula semasa serbuan dilakukan.

Menurutnya, dalam operasi yang bermula pada pukul 11.30 malam itu, pihaknya membuat serbuan di 15 buah kediaman yang diduduki oleh 63 warga asing tersebut.

Katanya, 60 PATI terdiri daripada warga Indonesia dan Myanmar yang tidak mempunyai dokumen pengenalan diri ditahan.

ā€œOperasi malam ini membabitkan 60 pegawai Ibu pejabat Imigresen Putrajaya dan 30 dari negeri Perak. Kita berjaya menahan 60 PATI terdiri daripada 37 warga Myanmar dan 23 warga Indonesia. Ketika operasi sedang dijalankan, seramai 20 PATI bertindak untuk meloloskan diri dengan menaiki dua buah bot ke arah sangkar ikan berdekatan namun berjaya dipatahkan. Ada juga yang terjun ke laut namun kesemuanya berjaya ditahan,ā€ katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas Operasi Penguatkuasaan Imigresen di Perkampungan Nelayan Kuala Gula di sini semalam.

Menurut Khairul Dzaimee, kesemua PATI yang ditahan berusia 25 hingga 50 tahun, masing-masing 48 lelaki dan 11 wanita serta seorang kanak-kanak lelaki berusia lingkungan 10 tahun.


Beliau berkata, semua yang ditahan akan ditempatkan di Depoh Tahanan Langkap untuk tindakan lanjut dan mereka dibawa secara haram melalui pertukaran bot di tengah laut untuk masuk ke negara ini.

ā€œMereka ini ada yang bekerja sebagai nelayan dan melakukan aktiviti kerja penangkapan ikan di perairan Kerian secara tidak sah dalam tempoh yang agak lama antara lima hingga 10 tahun. Ada juga di antara mereka yang bekerja di beberapa tempat kilang memproses belacan di kawasan ini,ā€ katanya.

Menurutnya, majikan iaitu pemilik bot dan pengusaha kilang belacan akan disiasat dan akan turut didakwa kerana menggajikan dan membenarkan PATI berada di premis mereka.

Katanya, berdasarkan pemantauan dan hasil risikan, ada diantara mereka yang bertindak mengoperasikan bot secara sendiri dengan membayar sewa kepada pemilik bot tempatan.

ā€œTindakan ini melanggar syarat yang ditetapkan dan menjejaskan pendapatan nelayan pantai,ā€ katanya.

Menurutnya, siasatan lanjut masih dijalankan dan kes disiasat di bawah Seksyen 6(1)(C) dan Seksyen 56(1)Akta Imigresen 1956/63.

-Utusan Online

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori