Friday, January 24, 2025

Creating liberating content

Rumah Terbakar Dipercayai Angkara...

KUALA LUMPUR – Berpantang maut sebelum ajal. Itu yang dapat digambarkan apabila enam...

PM Perjelas Ekonomi Negara...

SELEPAS menyampaikan Perutusan Khas Perkembangan Ekonomi Semasa dan Kedudukan Kewangan Negara, Perdana Menteri...

Jawi Anjur Sambutan Maal...

PUTRAJAYA – Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) dengan kerjasama Majlis Agama Islam...

Isteri TPM Dahului Senarai...

KUANTAN, 24 Okt (Bernama) -- Isteri Timbalan Perdana Menteri Puan Sri Noorainee Abdul...

9 Anggota Polis Ditahan Peras Ugut Ahli Perniagaan

Kuala Lumpur : Sembilan anggota polis ditahan semalam bagi membantu siasatan kes pemerasan seorang ahli perniagaan, dipercayai berkaitan dadah di Gombak baru-baru ini.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Timbalan Ketua Polis Selangor Datuk S. Sasikala Devi berkata kesemua anggota yang berpangkat konstabel hingga sub inspektor tersebut, ditahan kira-kira 11 pagi di Ibu Pejabat Polis Daerah Gombak.

Beliau berkata penahanan itu susulan laporan yang diterima daripada ahli perniagaan berusia 32 tahun itu pada 26 Julai lalu.

“Siasatan dijalankan di bawah Seksyen 384 Kanun Keseksaan (kesalahan peras ugut) selain siasatan tatatertib yang akan dilakukan,” katanya ketika dihubungi malam ini.


Beliau berkata tindakan susulan terhadap kesemua anggota berkenaan juga akan dilakukan pihak Bukit Aman.

Katanya semakan awal juga mendapati pengadu memiliki rekod lampau berhubung kes dadah.

-Harian Metro

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori