Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

Remaja Maut Ketika Cas...

SEORANG remaja lelaki tidak sempat menyambut bulan Ramadan bersama keluarganya apabila ditemui maut...

PU Azman Didakwa Amang...

SEREMBAN : Penceramah selebriti, Pencetus Ummah (PU) Azman atau nama sebenarnya Azman Syah...

Pemimpin Dipecat Boleh Sertai...

KUALA TERENGGANU : Parti Pribumi Bersatu (BERSATU) sentiasa membuka peluang kepada sesiapa sahaja...

Misteri Kehilangan Budak 4...

Antara yang viral dikongsikan di laman sosial dan aplikasi mesej WhatsApp sekarang adalah...

Agong, PM, Pemimpin-Pemimpin Negara Hadir Mesyuarat Majlis Raja-Raja Ke-259

PETALING JAYA : Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob merupakan antara pemimpin negara yang menghadiri Mesyuarat Majlis Raja-raja Ke-259.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Majlis itu telah disembahkan taklimat terkini mengenai keselamatan negara oleh Ketua Polis Negara, Tan Sri Acryl Sani Abdullah Sani dan mengenai pertahanan negara oleh Panglima Angkatan Tentera, Jen. Tan Sri Affendi Buang.

Selain itu, majlis juga turut mendengar taklimat mengenai Program Pembasmian Kemiskinan Tegar Keluarga Malaysia (BMTKM) oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi) Datuk Seri Mustapa Mohamed.

Perkara mengenai pelantikan-pelantikan turut pun dibincangkan iaitu pelantikan Timbalan Pengerusi Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia (MKI), Pengerusi dan Ahli Dilantik Jawatankuasa bawah MKI, Hakim Mahkamah Khas.

Ini termasuk Ahli-ahli Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan (SPP), selain beberapa Kertas Makluman dari Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dan Kementerian Alam Sekitar dan Air termasuk juga mengenai calon-calon penerima Biasiswa Yang di-Pertuan Agong Tahun 2022 dan Peraturan-peraturan MKI 2022.


Mesyuarat itu diadakan di Istana Negara pada 29 dan 30 Jun 2022 dan dipengerusikan oleh Raja Perlis, Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullail.

Pada hari pertama mesyuarat, semua raja-raja dan Tuan-tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri telah berangkat hadir termasuk Pemangku Raja Pahang, Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Sultan Abdullah manakala Sultan Kelantan diwakili oleh Tengku Mahkota Kelantan, Dr. Tengku Muhammad Fa-iz Petra Sultan Ismail Petra dan Sultan Johor diwakili oleh Tunku Temenggong Johor, Tunku ldris Iskandar Sultan Ibrahim.

Pada hari kedua, Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong berangkat hadir dalam mesyuarat, diiringi oleh Ismail Sabri.

-Utusan Online

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori