Saturday, November 23, 2024

Creating liberating content

Reman Pasangan Kekasih Bunuh,...

SUBANG JAYA – Pasangan kekasih warga India yang dipercayai terbabit kes bunuh dan...

Kedah Senaraikan 20 Penceramah...

SINTOK - Kerajaan negeri akan mengeluarkan senarai lebih 20 penceramah dari seluruh negara...

Mangsa Banjir Di P.Pinang...

GEORGE TOWN - Jumlah mangsa banjir yang ditempatkan di pusat penempatan di empat...

Aktivis Gay Tidak Dibenar...

SINGAPURA - Aktivis gay Singapura, dilarang memberikan ucapan TEDx di sekolah berprestij, mencetuskan...

Aliran Trafik Tinggi Di Lebuh Raya Utama

KUALA LUMPUR – Aliran trafik di lebuh raya utama dari ibu kota menghala utara, timur dan selatan negara dilaporkan tinggi setakat 11 pagi Jumaat, namun tiada kesesakan luar biasa berlaku.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Ini susulan orang ramai mengambil kesempatan untuk pulang ke kampung bagi menyambut Aidiladha pada Ahad ini.

Jurucakap Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) ketika dihubungi berkata, peningkatan kenderaan di lebuh raya dijangka berlaku menjelang 2 petang ini dan berlarutan sehingga malam.

“Berlaku pertambahan kenderaan di Plaza Tol Gombak dan kesesakan didapati sejauh 1.5 kilometer (km) sebelum menuju terowong Genting Sempah.


“Bagi laluan utara, terdapat kesesakan sejauh 3.6 km akibat kemalangan arah utara di KM257.8 dari Kuala Lumpur ke Kuala Kangsar, manakala laluan selatan negara masih lancar,” katanya.

Tinjauan Bernama di tiga plaza tol iaitu di Gombak, Sungai Besi dan Jalan Duta mendapati berlaku pertambahan kenderaan namun aliran trafik lancar dengan beberapa anggota Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA) dilihat membantu mengawal lalu lintas.

Orang ramai boleh mendapatkan maklumat trafik terkini menerusi talian bebas tol Plusline di 1-800-88-0000 dan laman Twitter di www.twitter.com/plustrafik atau talian LLM di 1-800-88-7752 serta laman Twitter di www.twitter.com/llminfotrafik.

-Sinar Harian

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori