Tindakan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim melabelkan sebahagian penyokong PKR sebagai bebal amat mengejutkan.
Ikuti Mynewshub: Telegram
Jauh lebih mengejutkan berbanding kenyataannya bahawa perbuatan zalim Tun Dr. Mahathir Mohamad semasa era reformasi cuma ‘luka kecil’
Inilah politik Anwar ibarat sesumpah/habis madu sepah dibuang. Ternyata siapa yang bersusah berpayah berjuang untuk dirinya adalah perbuatan sia-sia.
Anwar sanggup memperlekehkan penyokong reformasi yang berpuluh tahun menjulang dirinya gaga-gara mengampu Perdana Menteri Ke-7.
Kini Anwar sanggup menghina penyokong PKR yang tidak bersetuju dengan Rafizi Ramli kerana Rafizi adalah Timbalan Presiden PKR.
Walhal mereka mempertahankan Anwar yang sedang diserang teruk oleh Rafizi apabila menggambarkan Anwar sebagai sudah tidak lagi relevan.
“Saya tak berkecil hati kerana saya tahu tujuan dia (Rafizi) baik. Masalahnya ni kadang-kadang penyokong bebal itu ramai” – Anwar
Presiden PKR itu seterusnya cuba memesongkan isu melibatkan Rafizi dengan menyerang pemimpin UMNO dengan tohmahan-tohmahan pula.
“Ada beza orang keras yang berpendapat dan berpendirian yang agak menyanggah pendapat kita, tetapi (mereka) bukan khianat, bukan kaki fitnah, bukan perompak dan perasuah”
Mungkin benar bayangan Rafizi bahawa Anwar sudah tidak lagi relevan. Zamannya telah berakhir. Anwar hari ini bukan Anwar yang dulu.
Anwar hari ini adalah Anwar yang pengecut sehingga kelihatan amat takut kepada Rafizi yang kini menjadi Timbalan Presiden PKR .
Kerana amat takutkan Rafizi, penyokong yang setia kepada Anwar pula dilabel bebal. Mungkin sudah tiba penyokong setia Anwar meninggalkan PKR.
Mynewshub-