Suruhanjaya Komunikasi Persekutuan (FCC) Amerika Syarikat (AS) mahu pihak Apple dan Alphabet (syarikat induk Google) agar membuang aplikasi TikTok pada platform Apple Store dan Play Store atas faktor keselamatan.
Ikuti Mynewshub:Â Telegram
Kedua syarikat berkenaan mempunyai sehingga 8 Julai ini untuk menjawab surat FCC dengan menyediakan alasan jika mereka tidak mahu membuang aplikasi itu.
FCC bimbang ada pihak di China, yakni negara asal TikTok mempunyai akses kepada data peribadi rakyat AS yang menggunakan aplikasi berkenaan.
Apa yang berlaku ini adalah pengulangan kepada usaha mengharamkan TikTok seperti yang pernah cuba dilakukan oleh Presiden Donald Trump sebelum ini.
TikTok sebelum ini memberitahu bahawa ia telah mewujudkan kerjasama dengan Oracle untuk memindahkan sepenuhnya data melibatkan rakyat AS ke negara AS.
Ia juga berjanji tidak akan memberikan sebarang maklumat melibatkan rakyat AS walaupun jika diminta berbuat demikian oleh kerajaan China.
Jaminan pada TikTok untuk tidak menyerahkan data jika diminta oleh kerajaan negara itu juga dipandang sinis pihak berkuasa AS yang menyedari kerajaan China mempunyai kuasa yang amat besar untuk mencampuri urusan mana-mana syarikat milik mereka pada bila-bila masa sahaja.
Selain itu, beberapa pihak seperti Master Admin TikTok di Beijing didakwa masih mampu mengakses data rakyat AS.
TikTok ketika ini diharamkan di beberapa negara.
Mynewshub-