Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

Mahkamah Rayuan Batal Keputusan...

PUTRAJAYA - Mahkamah Rayuan hari ini membatalkan keputusan Mahkamah Tinggi membenarkan empat pengundi...

Diancam Tali Gantung Demi...

SEORANG lelaki bernama Zulkifli, 50, kini menjadi bualan hangat di laman sosial di Malaysia....

Peminat Teruja Adele Kembali...

SIAPA yang tidak kenal dengan penyanyi terkenal, Adele yang popular menerusi lagu Someone...

Annuar Musa Hanya Pertahan...

SHAH ALAM - Setiausaha Agung Barisan Nasional (BN), Tan Sri Annuar Musa tidak...

Arab Saudi Buka Ruang Udara Kepada Israel

RIYADH – Arab Saudi semalam mengumumkan akan membatalkan sekatan ke atas ‘semua syarikat penerbangan’ untuk menggunakan ruang udaranya dalam langkah keterbukaan kepada Israel menjelang ketibaan Presiden Amerika Syarikat (AS), Joe Biden di Riyadh.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Biden menyambut baik keputusan bersejarah itu yang merupakan langkah tolak ansur terbaharu Arab Saudi membabitkan Israel.

Riyadh sebelum ini enggan mengiktiraf negara Israel di sebalik usaha intensif Tel Aviv untuk menjalinkan hubungan dengan dunia Arab.

Pihak berkuasa aviasi Arab Saudi mengumumkan keputusan untuk membuka ruang udara negara itu kepada semua syarikat penerbangan yang meme­nuhi syarat ditetapkan, demikian menurut kenyataan di laman Twitter.

Keputusan itu sejajar de­ngan matlamat Arab Saudi untuk muncul sebagai hab global yang menghubungkan tiga benua.

“Keputusan ini adalah hasil usaha diplomasi berprinsip dan bersungguh-sungguh oleh Biden sejak beberapa bulan lalu yang membawa kepada lawatan beliau hari ini (semalam),” kata Penasihat Keselamatan Negara AS, Jake Sullivan dalam satu satu kenyataan.


Menjelang ketibaan Biden di Israel pada permulaan rangka lawatan beliau ke Asia Barat Rabu lalu, Washington memberi petanda bahawa lebih banyak negara Arab akan mengorak langkah menjalinkan hubungan dengan Rejim Zionis.

Ia mencetuskan spekulasi sama ada Riyadh akan mengubah dasar sedia ada untuk tidak me­ngadakan hubungan rasmi de­ngan Israel sehingga konflik Pa­lestin berakhir.

Arab Saudi tidak membantah apabila sekutu serantaunya, Emiriyah Arab Bersatu (UAE) mewujudkan hubungan diplomatik dengan Israel pada tahun 2020, diikuti oleh Bahrain dan Maghribi di bawah Perjanjian Ibrahim tajaan AS.

Tidak lama selepas perjanian itu diumumkan pada 2020, Arab Saudi membenarkan sebuah pesawat Israel melintasi ruang udara­nya menuju ke Abu Dhabi dan mengumumkan bahawa penerbangan UAE ke semua negara boleh menggunakan ruang udaranya.

Pengumuman semalam secara efektif membatalkan semua sekatan terhadap pesawat yang berulang alik dari Israel.

-Kosmo Online

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori