Wednesday, November 27, 2024

Creating liberating content

Gorila Jantan 190kg Belasah...

KIGALI, Rwanda – Seorang jurugambar hidupan liar dibelasah seekor gorila jantan seberat 190...

Jangan Beli Mercun Dalam...

KUALA LUMPUR - Pihak polis menasihatkan orang ramai agar tidak membeli mercun yang...

Jangan Jadikan Pengguguran Muhyiddin...

SERDANG - Anggota Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berharap pengguguran...

Mercedes, Ferrari Alami Kesukaran,...

MONTMELO, Sepanyol: Mercedes dan Ferrari berdepan masalah teknikal pada hari kelima sesi ujian...

Arab Saudi, India Rekod Kes Pertama Cacar Monyet

RIYADH: Arab Saudi mengesan kes cacar monyet pertama membabitkan seorang individu di Riyadh yang pulang dari luar negara, umum Kementerian Kesihatan, semalam.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Menurut laporan Saudi Press Agency (SPA), kementerian itu memaklumkan kes terbabit sedang diberi penjagaan perubatan yang teliti mengikut prosedur kesihatan diluluskan, manakala langkah sudah diambil untuk mengenal pasti kontak individu berkenaan.

Kementerian itu turut mengesahkan usaha diteruskan untuk memantau perkembangan terbabit, sekali gus bersiap siaga menangani jangkitan berkenaan.

Justeru, orang ramai dinasihatkan mematuhi arahan kesihatan, terutama ketika melakukan perjalanan, yang dihebahkan melalui saluran rasmi kementerian itu serta Pihak Berkuasa Kesihatan Awam (Weqaya).

Dalam perkembangan berkaitan, India juga merekodkan kes pertama cacar monyet membabitkan seorang lelaki berusia 35 tahun dengan sejarah perjalanan ke Asia Barat.

Lelaki terbabit yang tiba di Kerala, barat India, dari Emiriah Arab Bersatu (UAE) pada 12 Julai lalu, kini menjalani pengasingan di hospital.

“Beliau berada dalam keadaan stabil dan semua petunjuk utama padanya juga normal.


“Kami sudah mengarahkan semua daerah untuk terus berwaspada susulan perkembangan terbaru ini,” kata Menteri Kesihatan Kerala, Veena George.

Veena berkata, ibu bapa pesakit itu dan sejumlah kontak utama turut menjalani pengasingan, manakala 11 penumpang yang mempunyai kontak dengannya ketika berada dalam penerbangan sama serta beberapa individu lain diminta untuk peka dengan sebarang gejala.

Kerajaan Persekutuan dalam satu kenyataan pula memaklumkan, sebuah pasukan peringkat tinggi dihantar ke Kerala untuk berganding usaha dengan pihak berkuasa tempatan serta mengesyorkan langkah kesihatan awam yang sewajarnya.

Selain itu, negeri-negeri turut diarah meningkatkan ujian saringan dan pengawasan terhadap sebarang jangkitan yang berkemungkinan kes cacar monyet.

“Dalam mendepani cabaran pandemik Covid-19 yang masih berterusan, adalah sangat penting untuk kita kekal berjaga-jaga dan peka terhadap ancaman kesihatan awam yang lain, sekali gus membuat persediaan proaktif untuk menanganinya,” kata Setiausaha Kesihatan Persekutuan, Rajesh Bhushan, dalam surat kepada negeri di India.

Setakat ini, kira-kira 60 negara yang bukan endemik cacar monyet, telah melaporkan penularan wabak itu dengan sekitar 10,500 kes disahkan.

UtusanOnline-

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori