Wednesday, November 27, 2024

Creating liberating content

KL ‘Ditawan’ Warga Asing...

KUALA LUMPUR - Dalam keceriaan umat Islam meninggalkan ibu kota bagi menyambut 1...

Nazri Sah Tidak Hadir...

SETIAUSAHA Agung BN, Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz mengesahkan tidak akan menghadiri Mesyuarat...

Kedinginan Cameron Highlands ‘Hilang’...

CAMERON HIGHLANDS - Bila sebut tentang percutian ke Cameron Highlands pastinya masing-masing membayangkan...

Penunggang Basikal Perlu Dapat...

KUALA LUMPUR - Penunggang basikal tidak dibenarkan menjalankan sebarang aktiviti berbasikal berkumpulan di...

Askar Myanmar Diarah Bunuh, Seksa Dan Rogol Orang Awam

YANGON – Sekumpulan askar Myanmar membuat pengakuan kali pertama bahawa tentera negara itu yang dikenali sebagai Tatmadaw, bertanggungjawab membunuh, menyeksa dan merogol orang awam, lapor akhbar Saudi Gazette. Pengakuan mereka dibuat dalam wawancara eksklusif bersama Badan Penyiaran Britain (BBC).

Ikuti Mynewshub: Telegram

Menerusi wawancara itu, mereka memberikan laporan terperinci tentang pencabulan hak asasi manusia yang didakwa dibuat atas arahan pihak atasan.

Salah seorang daripada mereka dikenali sebagai Koperal Maung Oo. Dia menganggotai batalion yang membunuh orang awam ketika mereka bersembunyi di dalam sebuah biara pada Mei lalu.

“Mereka (pegawai atasan) mengarahkan saya untuk menyeksa, merompak dan membunuh orang awam.

“Kami diarah untuk mengumpulkan semua lelaki dan menembak mati mereka. Perkara paling menyedihkan ialah kami terpaksa membunuh orang tua dan wanita,” kata Maung.

Kumpulan tentera yang berpaling tadah kini berada di bawah perlindungan unit tempatan Angkatan Pertahanan Rakyat (PDF). PDF merupakan rang­kaian kumpulan militia awam yang berjuang untuk memulihkan demokrasi di Myanmar.

Tatmadaw merampas kuasa daripada kerajaan demokrasi pimpinan Aung San Suu Kyi dalam kudeta pada tahun lalu.

Junta kini berusaha untuk menumpaskan pemberontakan awam bersenjata yang cuba mencabar kuasa pemimpin diktator Jeneral Ming Aung Hlaing.


Pada 20 Disember tahun lalu, tiga helikopter mengelilingi Kampung Yae Myet di tengah Myanmar. Sekumpulan askar diturunkan dan mereka

mula melepaskan tembakan rambang.

Pasukan tentera itu yang dibahagikan kepada tiga kumpulan berasingan, menembak lelaki, wanita dan kanak-kanak secara sembarangan.

“Arahannya adalah untuk menembak apa sahaja yang anda lihat,” kata Maung dari lokasi yang tidak didedahkan di bahagian terpencil hutan Myanmar.

“Kami juga mendapat arahan untuk membakar setiap rumah besar yang ada di kampung tersebut,” katanya.

Pertubuhan hak asasi Myanmar, Witness yang menjejaki pelanggaran hak asasi manusia mengesahkan lebih 200 laporan tentang kampung dibakar dengan cara demikian sejak 10 bulan lalu.

Ini bukan kali pertama Tatmadaw menggunakan dasar bumi hangus. Ia dilaporkan secara meluas terhadap orang Ro­hingya pada 2017.

-Kosmo Online

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori