Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

Kesetiaan Dan Pengorbanan Faktor...

KUALA LUMPUR - Anggota Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Seri Azalina Othman Said percaya...

Melaka Cadang Bina Hospital...

AYER KEROH : Kerajaan Melaka bercadang membina sebuah lagi hospital negeri bagi menampung...

Hentakan Objek Tumpul Di...

Johor Bahru : Polis mengesahkan punca kematian kanak-kanak lelaki berusia empat tahun dipercayai...

RM33.4 Bilion Bagi Projek...

KUALA LUMPUR - Sebanyak RM33.4 bilion atau 48.48 peratus, daripada RM69 bilion yang...

Bakal Jemaah Haji Terkandas: 5 Individu Disambung Reman

PETALING JAYA : Siasatan membabitkan lima individu yang ditahan susulan kira-kira 380 bakal jemaah haji terkandas di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), minggu lalu, diserahkan semula kepada Polis Kontinjen Kuala Lumpur hari ini.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Mengesahkan perkara itu kepada Utusan Malaysia, Timbalan Ketua Polis Selangor, Datuk S. Sasikala Devi berkata, kesemua suspek berusia antara 30 tahun hingga 60 tahun itu diserahkan kepada kontinjen berkenaan bagi siasatan kes melibatkan mereka di Kuala Lumpur.

Kata beliau, proses berkenaan susulan tempoh reman terhadap mereka terbabit tamat, hari ini.

“Meskipun kita serah kepada Kontinjen Kuala Lumpur, polis Selangor tetap menjalankan dan melengkapkan siasatan di negeri ini,” katanya di sini hari ini.

Sementara itu, Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Azmi Abu Kassim ketika dihubungi, mengesahkan perkara berkenaan.

“Ya, saya sahkan semua suspek berkenaan akan dibawa ke Kuala Lumpur untuk siasatan lanjut berhubung kes itu dan permohonan reman terhadap mereka akan dibuat, esok,” jelasnya.


Sebelum ini, lima individu berkenaan ditahan bagi membantu siasatan kes berkenaan.

Penahanan dua lelaki dan tiga wanita itu dilakukan dalam serbuan di beberapa lokasi di ibu negara, pada 8 Julai lalu.

Lima individu yang ditahan itu membabitkan pemilik agensi pelancongan berkenaan serta isterinya, seorang ejen serta dua pekerja di agensi terbabit.

Minggu lalu, media melaporkan 380 bakal jemaah haji terkandas di KLIA dipercayai menggunakan visa furada untuk menunaikan haji dan tidak melalui Lembaga Tabung Haji (TH).

Visa furada adalah visa yang diuruskan sendiri dan dilapor dikeluarkan oleh Arab Saudi, tanpa membabitkan jumlah kuota yang diperoleh TH.

UtusanOnline-

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori