Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

Seleweng Dana: 2 Bekas...

PUTRAJAYA - Dua bekas setiausaha kepada bekas menteri Datuk Seri Mohd Shafie Apdal...

3 Maut, 13 Cedera...

MYANMAR: Sekurang-kurangnya tiga mangsa terbunuh, 13 lagi cedera manakala lebih 1,000 bangunan mengalami...

Baru 15 Tahun Tapi...

DI kala rakan-rakan sebaya mendapat hadiah seperti minyak wangi, baju berjenama dan konsol...

“Pemilik Kereta Klon Ketawa...

DI MANA silap dan siapa yang sebenarnya jadi dalang melakukan kesalahan ini menjadi tanda...

Bayi 8 Bulan Meninggal Dengan Kesan Kecederaan, Ibu Ditahan

Pangkor : Bayi lelaki berusia lapan bulan meninggal dunia dengan kesan kecederaan di badan dalam kejadian di Sungai Siput, semalam.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Ketua Polis Perak, Datuk Mior Faridalathrash Wahid berkata, pihaknya menerima maklumat itu pada 7.10 pagi.

Menurutnya, mangsa yang tidak sedarkan diri menghembuskan nafas terakhir ketika dalam perjalanan ke Hospital Sungai Siput.

“Proses bedah siasat yang dilakukan di Hospital Raja Permaisuri Bainun, Ipoh mendapati terdapat kesan kecederaan pada beberapa bahagian badan mangsa akibat objek tumpul,” katanya ketika ditemui sempena lawatan kerja Ketua Polis Perak ke Pulau Pangkor, di sini, hari ini.


Menurutnya, susulan itu ibu kandung mangsa berusia 30 tahun yang bekerja sebagai jururawat ditahan bagi membantu siasatan lanjut mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

“Mangsa adalah anak tunggal dan tinggal bersama ibunya yang sudah bercerai sejak enam bulan lalu.

“Ibu mangsa direman selama tujuh hari sehingga Isnin depan dan kita akan menjalankan siasatan lanjut jika ada individu lain terbabit dalam kes ini,” katanya.

-Harian Metro

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori