Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

SPRM Selangor Sasar 3...

SHAH ALAM - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Selangor menetapkan sasaran untuk memastikan...

Tidak Perlu Tambah Pangkalan...

KUALA LUMPUR - Kerajaan belum bercadang untuk menambah satu lagi pangkalan Tentera Laut...

Israel Berang Interpol Lulus...

BAITULMAQDIS - Israel berang dengan tindakan Interpol yang mengundi meluluskan Pihak Berkuasa Palestin...

Permohonan S/U Akhbar PM...

KUALA LUMPUR - Permohonan Setiausaha Akhbar kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Tengku Sharifuddin...

Bekas Calon Bebas DUN Sabah Mengaku Tidak Bersalah Hina PM

KUALA LUMPUR : Bekas calon bebas Dewan Undangan Negeri (DUN) Tanjong Papat mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen hari ini atas empat pertuduhan termasuk membuat komunikasi jelik terhadap Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dan UMNO menggunakan aplikasi Tiktok dan Youtube.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Jufazli Shi Ahmad, 33, selaku orang kena saman (OKS) membuat pengakuan itu selepas kesemua pertuduhan dibaca di hadapan Hakim Nor Hasniah Ab. Razak.

Mengikut dua pertuduhan, bekas ahli DAP itu didakwa membuat dan memulakan penghantaran komunikasi jelik, telah memuat naik dua video dengan niat menyakitkan hati orang lain menggunakan Tik Tok atas nama ‘King Maker’ dan YouTube ‘King Maker Politik’ pada 23 dan 27 Jun lalu, pukul 3 petang.

Ia merupakan suatu kesalahan mengikut Seksyen 233(1)(a) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 233(3) akta sama. Jika sabit kesalahan, dia boleh didenda tidak lebih RM50,000 atau penjara maksimum setahun atau kedua-duanya dan boleh didenda selanjutnya RM1,000 bagi setiap hari kesalahan itu diteruskan selepas pensabitan.

Bagi dua pertuduhan lain, dia didakwa gagal memberi capaian kepada data berkomputer yang disimpan dalam telefon bimbit iaitu gagal memberi kata laluan kepada laman profil Tik Tok atas nama ‘King Maker’ dan YouTube ‘King Maker’ Politik yang diminta oleh pihak polis.

Kesalahan didakwa dilakukan di Pejabat Bahagian Siasatan Jenayah IPD Dang Wangi pada 5 Julai lalu pukul 12.10 tengah hari dan 3 petang.

Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 249 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 dan boleh dihukum bawah Seksyen 242 akta sama, yang membawa hukuman denda tidak lebih RM100,000 atau penjara sehingga dua tahun atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.


Sementara itu, Timbalan Pendakwa Raya Nor Azizah Aling dan Nadia Mohd. Izhar mencadangkan supaya Jufazli diikat jamin RM10,000 bagi setiap pertuduhan dengan mengambil kira kes itu berkepentingan awam.

“Kami juga memohon perintah larangan kepada OKS supaya tidak membuat kenyataan atau komen berkaitan kes ini, sama ada menerusi media sosial atau cetak, sehingga kes selesai,” katanya.

Bagaimanapun, peguam mewakili Jufazli, Rajsurian Pillai merayu supaya anak guamnnya diikat jamin pada kadar rendah kerana tiada pendapatan tetap.

“Dia mempunyai kes yang sama di Mahkamah Sepang dan prosiding ini masih berlangsung sejak dua tahun lalu,” katanya.

Hakim Nor Hasniah kemudian membenarkan OKS diikat jamin sebanyak RM14,000 bagi kesemua pertuduhan dan dia dikehendaki memenuhi syarat tambahan yang dicadangkan oleh pihak pendakwaan, setelah mendengar permohonan daripada kedua-dua pihak.

Mahkamah kemudian menetapkan 29 Ogos depan untuk sebutan kes bagi kesemua pertuduhan itu.

-Utusan Online

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori