Saturday, November 23, 2024

Creating liberating content

Masalah Emosi Isu Utama...

KUALA LUMPUR - Masalah emosi dikenal pasti menjadi isu utama kesihatan mental rakyat...

Harga Ayam Kembali Menurun...

KOTA BAHARU - Harga ayam kembali menurun di Kelantan pada RM9 sekilogram berbanding...

Pelancong Perancis Maut Digilis...

LANGKAWI - Seorang pelancong lelaki warga Perancis maut akibat digilis sebuah kereta di...

Dulu Juruterbang, Kini Usahawan...

SERDANG - Siapa sangka seorang pemuda yang pada satu ketika terbang tinggi di...

Bekas Senator Dipanggil Ke Bukit Aman Pula

Bekas senator Siti Aishah Shaik Ismail dipanggil polis sekali lagi. Kali ini dia dikehendaki hadir di Bukit Aman untuk diambil keterangannya berhubung rakaman video TikTok mengenai isu penghapusan subsidi oleh kerajaan.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Menurut laporan Free Malaysia Today, Siti Aishah itu memberitahu pada mulanya dia diminta pergi ke Ibu Pejabat Polis Diraja Malaysia itu esok untuk diambil keterangan.

Bagaimanapun, katanya, dia meminta perjumpaan itu diadakan selepas sambutan Aidiladha dan ia dipersetujui polis.

Minggu lalu, Ketua Polis Perak Mior Faridalathrash Wahid berkata, Siti Aishah, 39, diambil keterangan oleh pegawai Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) bagi tujuan siasatan.

Difahamkan, siasatan terhadap Siti Aishah – yang dilantik sebagai senator pada 22 Jun 2015 – itu dibuat mengikut Akta SKMM 1998.


Sebelum ini dia memuat naik rakaman video di TikTok mendakwa pelbagai subsidi akan dimansuhkan mulai 1 Julai yang boleh mengakibatkan kemarahan orang ramai terhadap kerajaan.

Menurut Siti Aishah, kira-kira lapan atau sembilan pegawai polis dan SKMM menyerbu rumahnya.

Mereka mengiringinya dengan tiga kenderaan untuk diambil keterangan di sebuah balai polis di Ipoh. Siti Aishah memberi keterangan kepada pihak berkuasa terbabit selama lebih tiga jam.

Selain itu, dia mendakwa telefon bimbitnya juga turut dirampas.

-Malaysia Kini

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori